Monday, January 11, 2010

Majlis Penutup Program Southern Cup Debating Championship (SCDC)

Tuan,

PERMOHONAN 'CREW' UNTUK MEMBUAT RAKAMAN MAJLIS PENUTUP PROGRAM SOUTHERN CUP DEBATING CHAMPIONSHIP (SCDC)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adlah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perwakilan Pelajar dan Sekretariat Debat Bahasa Inggeris akan mengadakan pertandingan debat iaitu Southern Cup Debating Championship (SCDC) pada 8 Januari 2010 hingga 11 Januari 2010.

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon 'crew' UCiTV UTHM untuk membuat rakaman sepanjang majlis penutup program tersebut berlangsung. Berikut merupakan butiran ringkas acara penutup pertandingan debat Southern Cup Debating Championship.

Tarikh : 11 Januari 2010
Masa : 1.30 petang - 6.00 petang
Tempat : DTII

4. Sehubungan dengan itu, kami berharap pihak tuan dapat membuat perimbangan terhadap permohonan ini. Segala komitmen dan keprihatinan dari pihak tuan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

'PENGGERAK AGENDA MAHASISWA'

Yang benar,
NURUL ARAFAH BINTI ISHAK
Setiausaha
SCDC

No comments: