Friday, October 30, 2009

Majlis Titisan Ilmu Anjuran PENTAS

Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PENTAS) akan menganjurkan MAJLIS TITISAN ILMU ANJURAN PENTAS BIL. 4/2009 seperti butiran berikut :-


Tarikh : 30 Oktober 2009 (Jumaat)

Tempat : Dewan Kuliah 3, UTHM

Masa : 10 - 12 tengahari

Tajuk Ilmu : Neuro-Linguistic Programming – Kejayaan Diri

Penyampai : Encik Abd Halim bin Abd Rahman

Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Naib Canselor


Untuk makluman tuan/puan Majlis Titisan Ilmu ini dianjurkan sebagai satu platform untuk memberi peluang kepada ahli PENTAS yang telah menyertai kursus/seminar/bengkel atau pulang dari lawatan kerja dalam atau luar negara untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang telah diperolehi dengan ahli-ahli yang lain. PENTAS mengalu-alukan ahli-ahli lain yang berminat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bagi menjayakan program ini dari semasa ke semasa.





Semua Pegawai Pentadbir & Ikhtisas (A & B) dijemput hadir.

Thursday, October 29, 2009

Malam Deepavali "1 Universiti , 1 Malaysia"

Tuan,

PERMOHONAN PERKHIDMATAN BAGI TUJUAN PROGRAM MALAM DEEPAVALI "1 UNIVERSITI, 1 MALAYSIA"

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar akan mengadakan program Malam Deepavali "1 Universiti, 1 Malaysia". Oleh yang demikian, pihak kami ingin menempah beberapa perkhidmatan pihak tuan/puan bagi memeriahkan lagi majlis makan malam ini.

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kerjasama daripada pihak tuan untuk meluluskan permohonan kami supaya program ini dapat dijalankan dengan keadaan yang kondusif

Tarikh : 29 OKTOBER 2009
Lokasi : Dewan Terbuka (Dewan Penyu), UTHM
Masa : 8.00 malam
Perasmi : YB Asojan, Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor

4. Bersama surat ini saya telah lampirkan keperluan perkhidmatan dari pihak tuan/puan. Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

"PENGGERAK AGENDA MAHASISWA"

Yang benar,
AGILARAJAN A/L SELVARAJAH
Pengarah
Malam Deepavali "1 Universiti, 1 Malaysia"

SEMINAR HUBUNGAN KORPORAT DAN INDUSTRI SIRI 5


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Y. Bhg. Prof/Tuan/Puan,

SEMINAR HUBUNGAN KORPORAT DAN INDUSTRI SIRI 5

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Universiti dan Industri dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik akan mengadakan Seminar Hubungan Korporat dan Industri siri ke 5. Maklumat seminar adalah seperti berikut:

Tarikh : 29 Oktober 2009
Masa : 9.30 pagi - 12.00 t/hari
Tempat : Bilik Seminar 2, FKEE
Tajuk : "Space Science Status and Future Development"
Penceramah: Prof. N Gopalswamy, IACS, Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat

Untuk makluman, seminar ini bertujuan menyediakan satu platform kepada profesional dan para pelajar dalam berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat berkaitan dengan Sains Angkasa Lepas dan Perkembangannya di masa hadapan.

Seminar ini adalah terbuka untuk penyertaan staf akademik dan pelajar UTHM. Sokongan dan penyertaan daripada Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.


MOHD FAISHAL BIN YATNI
Pejabat Hubungan Universiti & Industri
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tel : 07 453 7457
Fax : 07 453 6262

Monday, October 26, 2009

Program Motivasi Pemantapan Jatidiri dan Sistem Perawatan Air Untuk Masyarakat Acheh Indonesia


Program Motivasi Pemantapan Jatidiri dan Sistem Perawatan Air Untuk Masyarakat Acheh Indonesia

(Pesantren Ruhul Fatayat di Suelimenum Kabupaten Acheh Besar)

Tarikh: 26 Oktober- 1 November 2009

Tempat :Acheh, Indonesia

Anjuran :Pusat Pendidikan Berterusan

Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST2009)


Pengenalan:

Persidangan ini yang memfokus kepada tajuk ‘Pendidikan Sains dan Teknologi’ adalah bertujuan untuk memahami dengan lebih jelas kaedah dan mutu pengajaran dan pembelajaran yang mampu mempengaruhi corak pendidikan untuk bidang sains dan teknologi yang sesuai digunakan mengikut peredaran zaman dan mencapai setiap wawasan yang digariskan. Malahan sekarang pelbagai isu dan masalah yang timbul berkaitan pendidikan sains dan teknologi. Selaras dengan isu-isu yang dibincangkan dalam World Conference on Science and Technology Education di Perth, Australia pada Julai 2007 adalah sangat wajar isu yang selari dibincangkan di peringkat kebangsaan. Justeru persidangan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang timbul dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan pendidikan sains dan teknologi.

Objektif :
Secara khususnya objektif persidangan ini adalah :

Menghasilkan resolusi persidangan berkaitan pembangunan pendidikan sains dan teknologi.

Mengupas isu-isu pendidikan sains dan teknologi dalam melestarikan pembangunan negara.

Membina kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sains dan teknologi dalam pembangunan negara.

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan sains dan teknologi.

Skop :
Skop pembentangan dan perbincangan adalah difokuskan kepada berbagai aspek pendidikan sains dan teknologi. Tajuk-tajuk yang dicadangkan merangkumi aspek-aspek berikut:

Pendidikan sains di peringkat rendah atau pra-sekolah.

Kepentingan pendidikan sains dan teknologi di sekolah.

Akses dan ekuiti dalam pendidikan sains dan teknologi.

Kesedaran dan minat terhadap bidang sains dan teknologi.

Celik sains dan teknologi.

Persekitaran sains dan penyelidikan.

Teknologi dalam pendidikan sains.

Kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam sains dan teknologi.

Penggunaan ICT dalam pendidikan sains dan teknologi.

Pembangunan penilaian yang sesuai dan efektif dalam pendidikan sains dan teknologi.

Pembangunan kerjaya guru sains dan guru teknologi.

Cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.

Peserta :
Peserta dan pembentang kertas kerja terdiri daripada pegawai kanan dan tenaga pengajar dari Politeknik, Kolej Komuniti, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, pensyarah IPTA/IPTS, penyelidik dan orang perseorangan.

Seminar akan diadakan pada:


Tarikh : 26-27 OKTOBER 2009

Tempat :
DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL,
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA,
BATU PAHAT, JOHOR


Penginapan :
Berikut adalah senarai hotel yang boleh dihubungi:


The Katerina Hotel, Batu Pahat
Tel: +607-4337111


Pelican Hotel, Batu Pahat.
Tel: +607-4328111


Crystal Inn Hotel, Batu Pahat.
Tel: +607-4315222


Garden Hotel, Batu Pahat
Tel:+607-4315999

Landmark Hotel, Batu Pahat
Tel:+607-4320001

Keterangan lanjut :
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Urusetia,
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains
Dan Teknologi 2009,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.

Faks: 07-4536051
e-mail: pkpst2009@uthm.edu.my
Laman web: http://web.uthm.edu.my/fptek/pkpst2009



Dr. Mohamad Zaky Noh
Off: 07-4537987
h/p: 013-7516130
Pn. Mimi Mohaffyza Mohamad
Off: 07-4538240
h/p: 013-7287585





HARI 1 (26 Oktober 2009) ATURCARA
8.00 pagi - 9.00 pagi : Pendaftaran Para Peserta
9.00 pagi – 9.30 pagi : Pembentangan Kertas Ucap Utama 1
9.30 pagi – 10.00 Pagi : Pembentangan Kertas Ucap Utama 2
10.00 pagi – 10.30 pagi : Pembentangan Kertas Ucap Utama 3
10.30 pagi – 11.00 pagi : Kudapan
11.00 pagi – 1.00 tgh : Sesi selari : Kertas seminar
1.00 tgh – 2.30 tgh : Makan tengahari
2.30 ptg – 4.30 ptg : Sesi selari : Kertas seminar
4.30 ptg – 5.00 ptg : Minum Petang & Bersurai
8.00 mlm – 8.15 mlm : Ketibaan Para Jemputan
8.15 mlm – 8.30 mlm : Ketibaan VVIP /VIP
8.30 mlm – 8.45 mlm : Lagu Negaraku / Lagu UTHM / Doa
8.45 mlm – 9.45 mlm : Jamuan Makan & Persembahan Kombo UTHM
9.45 mlm - 10.00 mlm : Ucapan Pengerusi 1
Prof. Dr. Jailani bin Md Yunos
10.00 mlm - 10.15 mlm : Ucapan Naib Canselor UTHM
Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
10.05 mlm – 10.45 mlm : Ucapan & Perasmian
10.45 mlm – 11.00 mlm : Penyampaian Cenderamata
11.00 mlm : Bersurai

HARI 2 (27 Oktober 2009) ATURCARA
8.30 pagi – 10.00 pagi : Forum
10.00 pagi – 10.30 pagi : Kudapan
10.30 pagi – 11.30 pagi : Bengkel
11.30 pagi – 11.45 pagi : Rumusan Resolusi
11.45 pagi – 12.00 tgh : Ketibaan VVIP/VIP
12.00 tgh - 12.15 ptg : Ucapan Pengerusi 2
Dr. Azme Bin Khamis
12.15 tgh - 12.45 ptg : Ucapan Penutup Oleh Y Bhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM
12.45 ptg - 1.00 ptg : Penyampaian Resolusi Dan Cenderamata
1.00 ptg : Makan Tengahari Dan Bersurai

Saturday, October 24, 2009

Kursus Kejurulatihan Silat Olahraga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Peringkat IPTA 2009

Tuan,

KURSUS KEJURULATIHAN SILAT OLAHRAGA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PERINGKAT IPTA 2009

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ingin mengadakan Kursus Kejurulatihan Silat Olahraga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Peringkat IPTA 2009 seperti butiran berikut:-

Tarikh : 22 - 25 oktober 2009
Tempat : Hotel Thistle, Johor Bahru

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput Unit Tuan untuk membuat liputan pada majlis perasmian penutup program yang akan kami anjurkan ini. Bersama-sama ini dikemukakan tentatif program berhubung perkara diatas untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar,
AZLI BIN PUDIN
Pegawai Belia Dan Sukan

MoU di Angsana

Perkara : MoU Angsana
Tarikh : 24 Oktober 2009
Masa : 8.00 pagi

Program Mesra Perdana - Penasihat Akademik (PA) dan Pelajar-Pelajar Peringakat FKEE



Tuan,

PERMOHONAN LIPUTAN UNIT UCiTV SEMPENA PROGRAM MESRA PERDANA

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kecil Penasihat Akademik, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik akan mengadakan Program Mesra Perdana: Penasihat Akademik (PA) dan Pelajar- Pelajar Peringkat FKEE 2009 pada hari Sabtu 24 Oktober 2009 bermula jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang.

3. Sehubungan dengan itu, kami selaku urusetia program yang berkenaan ingin membuat permohonan kepada Unit UCiTV untuk membuat liputan dalam bentuk gambar dan rakaman video sepanjang program berlangsung.

4. Sebagai makluman, gambar serta video bagi program berkenaan adalah penting bagi tujuan rekod serta laporan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

5. Kami memohon jasa baik pihak unit UCiTV agar dapat mempertimbangkan serta meluluskan permohonan kami. Segala perhatian dan pertimbangan pihak unit UCiTV amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

'DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA'

Yang benar,
NORFAIZA BINTI FUAD
Pengarah Program Mesra Perdana

Berikut Adalah Tentatif Program

Perasmian Pameran Booth UTHM di EDUFEST @ Pagoh 2009



LIPUTAN PERASMIAN PAMERAN BOOTH UTHM DI EDUFEST @ PAGOH 2009

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan bahawa pihak Universiti akan mengikuti Pameran Edufest @ Pagoh 2009 seperti butiran yang berikut :

Tarikh/Hari : 24 OKTOBER 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Perasmi : YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
Tentatif : Seperti dilampiran

3. Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama tuan agar dapat mempertimbangkan permohonan Pejabat Hubungan Universiti & Masyarakat demi kepentingan Universiti.

Sekian, terima kasih.

'DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA'

Yang benar,
ROSMAHALIL AZROL B. ABDULLAH
Ketua Jabatan
b.p Ketua Pejabat Hubungan Universiti & Masyarakat


TENTATIF PERASMIAN PROGRAM EDUFEST @ PAGOH 2009
24 OKTOBER 2009 (SABTU - AHAD)
DEWAN JUBLI INTAN SULTAN IBRAHIM, MUAR JOHOR

8.00 - 9.00 pg : Para peserta pameran mengambil tempat
9.00 - 9.45 pg : Ketibaan dif-dif jemputan
9.50 - 10.00 pg : Ketibaan YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
10.00 pg : Majlis bermula
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan oleh
Y.Bhg. Tuan Tahir b Mohd Ta'at
Pengerusi Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh (SPPP)
merangkap Ahli Dewan Undangan Bukit Serampang

: Ucapan Perasmian Edufest @ Pagoh oleh
YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
> Pelancaran Gimik Perasmian Edufest @ Pagoh 2009
> Pelancaran Tabung Pendidikan Pagoh
> Pelancaran Buku ' Menangani disiplin pelajar peringkat
kebangsaan '
> Majlis penyerahan buku untuk semua sekolah di Pagoh
sumbangan Institut Terjemahan Negara Malaysia
> Majlis penyerahan eksklusif "mock Cheque" sumbangan
dari penaja kepada YAb Timbalan Perdana Menteri

11.15 pg : Persembahan tarian dan ghazal
11.30 pg : Lawatan ke Pameran Pendidikan dan Kerjaya Edufest@Pagoh
12.15 tgh : Sidang Media
12.45 tgh : Jamuan tengahari
1.30 ptg : Bersurai

Thursday, October 22, 2009

PEPERIKSAAN LISAN (VIVA) - MOHD SAZALI BIN KHALID

Y.Bhg.Prof.Dato'/Prof/Tuan/Puan

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

Nama Pelajar : MOHD SAZALI BIN KHALID
Program : DOKTOR FALSAFAH PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
Tarikh : 22 OKTOBER 2009 (KHAMIS)
Masa : 9.30 PAGI (PEMBENTANGAN TERBUKA)
Tempat : STUDIO PENDIDIKAN, UTHM
Pemeriksa Dalam : PROF. DR. SULAIMAN BIN YAMIN (UTHM)
Pemeriksa Luar 1 : PROF. DR. ZULKIFLI BIN MOHAMED (UMS)
Pemeriksa Luar 2 : PROF. DR. MOHD SALLEH BIN ABU (UTM)
Pengerusi : PROF. MADYA. DR. NORAINI BIN KAPRAWI (UTHM)

Y.Bhg.Prof.Dato'/Prof/Tuan/Puan yang berminat dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof.Dato'/Prof/Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

PROGRAM KREATIVITI DAN INOVASI @ C&I



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Y. Bhg. Prof. Dato’/Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan,

PROGRAM KREATIVITI DAN INOVASI @ C&I

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains, Sastera & Warisan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan Program Kreativiti & Inovasi @ C&I bermula pada hari Khamis 22hb. Oktober 2009 hingga hari Jumaat 23hb. Oktober 2009.

3. Disertakan bersama lampiran aturcara sepanjang program berlangsung. Dijemput Y.Bhg. Prof. Dato'/Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan untuk hadir bagi memeriahkan suasana.
 
  Sekian untuk makluman. Kerjasama serta perhatian pihak Y.Bhg. Prof Dato'/Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

AJK Publisiti
Fakulti Sains, Sastera & Warisan UTHM


Aturcara Program

22 Oktober 2009 (Khamis)
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Dewan Terbuka dan Dewan 2

9.00 pg – 12.00 tgh : Pameran dan Pembentangan Sesi 1 (Pembentangan bermula jam 10.00. pagi)

12.00 tgh – 2.00 ptg : Rehat

2.00 ptg – 5.00 ptg : Pameran dan Sambungan Pembentangan Sesi 1


23 Oktober 2009 (Jumaat)
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Dewan Terbuka dan Dewan 2

8.30 pg – 12.30 tgh : Pameran dan Pembentangan (Sesi 2)

1.00 tgh – 2.00 ptg : Rehat dan Solat Jumaat

2.45 ptg – 5.00 ptg : Perasmian Penutup


Aturcara Perasmian Penutup


23 Oktober 2009 (Jumaat)
Tempat :Dewan Tunku Ibrahim Ismail

2.45 ptg : Ketibaan tetamu

3.00 ptg : Ketibaan tetamu kehormat

3.05 ptg : Ucapan dan Perasmian Penutup oleh Dekan FSSW

3.20 ptg : Persembahan Montaj

3.25 ptg : Ucapan Ketua Juri

3.35 ptg : Penyampaian Hadiah

4.00 ptg : Majlis Bersurai dan Jamuan

Thursday, October 15, 2009

Program Malam Sambutan Pesta Tang Lung

Tuan,

JEMPUTAN PIHAK UCITV UNTUK MEMBUAT LIPUTAN SEPANJANG PROGRAM MALAM SAMBUTAN PESTA TANG LUNG

Sukacita perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Kebudayaan Tiong Hua, Sekretariat Perpaduan UTHM akan menganjurkan Program Malam Sambutan Pesta Tang Lung seperti butiran berikut:

Tarikh : 15 Oktober 2009 (Khamis)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

3. Program Malam Sambutan Pesta Tang Lung ini akan melibatkan warga UTHM yang membeli tiket dimana jamuan dan persembahan-persembahan yang menarik. Sebagai contoh, Persembahan Yoyo China, Persembahan Drama, Persembahan Nyanyian, Tarian Tradisional pelbagai kaum seperti Tarian Cina, Tarian India dan Tarian Melayu, Tarian Moden dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pameran yang berkaitan dengan Hari Kuih Bulan dan Kebudayaan Cina pada malam tersebut.

4. Program Malam SAmbutan Pesta Tang lung ini juga telah menjemput Yang Berbahagia Dr. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Encik Hou Kok Chung hadir bagi memeriahkan lagi Program Malam Sambutan Pesta Tang Lung ini.

5. Sehubungan itu, dipohon kerjasama pihak Tuan untuk membuat liputan dan rakaman bagi program berkenaan agar ia dapat didokumentasikan sebagai aktiviti Universiti. Bersama-sama ini disertakan tentatif bagi program yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
LEE SIM YEE
Pengarah Program Malam Sambutan Pesta Tang Lung

Tentatif

Masa
Program
7.30 malam
Ketibaan Pegawai-pegawai UTHM
8.00 malam
Ketibaan YB Datuk Dr. Hou Kok Chung, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM
8.25 malam
Persembahan Tarian Singa
8.30 malam
Nyanyian Lagu Negaraku, Gemilang UTHM
8.55 malam
Ucapan Pengarah Program
9.00 malam
Ucapan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM
9.10 malam
Ucapan YB Datuk Dr. Hou Kok Chung, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
9.30 malam
Persembahan Tarian Tradisional Kebudayaan Cina dan Cabutan bertuah
10.20 malam
Tarian Naga dan Perarakan Tanglung
10.40 malam
Bersurai

KOLOKIUM BERSAMA PROFESOR PELAWAT FPTek

KOLOKIUM BERSAMA PROFESOR PELAWAT FPTek

Y.Bhg. Prof/Prof Madya/Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kolokium bersama Prof. Dr. Georg Spottl (Profesor Pelawat), Fakulti Pendidikan Teknikal akan diadakan seperti di bawah:

Tarikh : 15 Oktober 2009 (Hari Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Kuliah A, Blok G3.
Tajuk Kolokium : "TVET In 21st Century - The Role Of Hei's, The Role Of Stake Holder & Student's Expectation Fot New Millennium Era"

Oleh yang demikian semua staf UTHM dijemput hadir bagi menjayakan kolokium ini.

Sekian, terima kasih.


"DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA"

Fakulti Pendidikan Teknikal
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Monday, October 12, 2009

PEPERIKSAAN LISAN - PANG CHAU LEONG

Y.Bhg.Prof.Dato'/Prof/Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

Nama Pelajar : PANG CHAU LEONG
Program : DOKTOR FALSAFAH PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
Tarikh : 12 OKTOBER 2009 (ISNIN)
Masa : 9.30 PAGI (PEMBENTANGAN TERBUKA)
Tempat : STUDIO PENDIDIKAN, UTHM
Pemeriksa Dalam 1: PROF. DR. WAN MOHD RASHID BIN WAN AHMAD (UTHM)
Pemeriksa Dalam 2: PROF. DR. GEORG SPOETTL (UNI BREMEN)
Pemeriksa Luar : PROF. DR. ZAKARIA BIN KASA (UPSI)
Pengerusi : PROF. DR. SULAIMAN BIN YAMIN (UTHM)

Y.Bhg.Prof.Dato'/Prof/Tuan/Puan yang berminat dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof.Dato'/Prof/Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

Friday, October 9, 2009

Malam Bahasa Antarabangsa Ke-7, 2009, Fakulti Sains, Sastera Dan Warisan



Tuan

MEMOHON MEMBUAT RAKAMAN UNTUK MALAM BAHASA ANTARABANGSA BAGI PROGRAM MINGGU DAN MALAM BAHASA ANTARABANGSA KE-7, FAKULTI SAINS, SASTERA DAN WARISAN.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Panel Bidang Antarabangsa, Jabatan Kemanusiaan, Fakulti Sains, Sastera dan Warisan akan menganjurkan Malam Bahasa Antarabangsa (PMBA) ke-7 bagi semester 1, sesi 2009/10 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 9 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam- 10.30 malam
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

3. Sehubungan dengan itu, adalah dipohon jasa baik pihak tuan agar dapat menyediakan juruteknik untuk merakam program tersebut.

4. Sekian untuk perhatian dan pertimbangan tuan di dalam perkara ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

'DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA'

Yang benar,

YEOH LI CHENG
b.p Penyelaras Program

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UTHM 2009



Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009
Tarikh : 9 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 pg-1.00 t/hari
Tempat : Dewan Terbuka, UTHM

Seminar Gerak Usahawan Siswa 2009

Tuan,

PERMOHONA RAKAMAN SEPANJANG HARI UNTUK SEMINAR GERAK UAHAWAN SISWA 2009

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Pusat Teknousahawan (TEC) akan menganjirkan Seminar Gerak Usahawna Siswa 2009 dengan kerjasama Istitut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ). Butiran prohram adalah seperti berikut:

Tarikh : 9 Oktober 2009
Tempat : Dewan Kuliah A, UTHM
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang
Peserta : 500 orang pelajar UTHM

3. Sehubungan dengan itu, TEC ingin memohon rakaman seminar tersebut sepanjang ianya berlangsung. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program tersebut seperti di lampiran A.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargai.

Sekian terima kasih

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar
PROF MADYA NAWAWI BIN JUSIH
Ketua Pusat TeknoUsahawan

Wednesday, October 7, 2009

PEPERIKSAAN LISAN - NOR HAZANA BTE ABDULLAH (FPT)

PEPERIKSAAN LISAN - NOR HAZANA BTE ABDULLAH (FPT)

Yg.Bhg.Prof.Dato'/Prof./Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

Nama Pelajar : NOR HAZANA BTE ABDULLAH
Program : DOKTOR FALSAFAH PENGURUSAN TEKNOLOGI
Tarikh : 07 OKTOBER 2009 (RABU)
Masa : 9.30 PAGI (PEMBENTANGAN TERBUKA)
Tempat : STUDIO PENDIDIKAN, UTHM
Pemeriksa Dalam : DR. ALINA BTE SHAMSUDDIN
Pemeriksa Luar 1 : PROF. DR. DURRISHAH BTE IDRUS (UTM International Centre)
Pemeriksa Luar 2 : PROF. MADYA. DR. KHULIDA KIRANA BTE YAHYA (UUM)
Pengerusi : DR. DAVID MARTIN @ DAUD JUANIL

Yg.Bhg.Prof.Dato'/Prof./Tuan/Puan yang berminat dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Yg.Bhg.Prof.Dato'/Prof./Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

Debat ICT Anjuran Pelajar Kelas 2DIT Sesi 2009/2010

Tuan,

JEMPUTAN KE PROGRAM DEBAT ICT ANJURAN PELAJAR KELAS 2DIT SESI 2009/2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas adlah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar yang mengambil subjek DIT2152 (Etika Profesional Teknologi Maklumat), di bawah Puan Muhaini Bt Othman selaku Pensyarah akan menganjurkan Program Debat ICT yang membawa tajuk " ICT memberi lebih kebaikan kepada pengguna" yang merupakan projek kelas yang wajib dilaksanakan. Pihak kami telah menjemput Encik Miswan bin Surip, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia (Kejuruteraan dan Perisian) sebagai tetamu kehormat.

3. Program ini akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 7 Oktober 2009
Tempat : DKA G3
Masa : 8.30 - 11.30 pagi

4. Sehubungan dengan itu, kami dengan sukacitanya meminta jasa baik tuan/puan untuk merakam video semasa berlangsungnya program tersebut.

5. Perhatian dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

YB,
NORAINE BT JALI
Pengarah Program Debat ICT

Lawatan Ilmiah : Satu Penerokaan Ilmu

Tuan,

PELANTIKAN MEMBUAT LIPUTAN PROGRAM "LAWATAN ILMIAH: SATU PENEROKAAN ILMU"

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, satu Program "Lawatan Ilmiah : Satu Penerokaan Ilmu" akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 07 Oktober 2009
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Chinese High School, Tanjung Labuh, Batu Pahat

3. Sehubungan dengan itu, pihak UCITV telah bersetuju melantik tuan/puan terlibat membuat rakaman program dan gambar sepanjang program berlangsung. Pihak UCITV mengucapkan tahniah diatas perlantikan tersebut.

4. Diharap perkara tersebut dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya. Kerjasama yang diberikan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA
UCITV

Saturday, October 3, 2009

Malam Penghargaan Kolej kediaman Tun Syed Nasir

Malam Penghargaan Kolej kediaman Tun Syed Nasir

Hari : Sabtu
Tarikh : 3 Oktober 2009
Tempat : Dataran Terbuka