Monday, March 31, 2008

Program ECTIVE6

JEMPUTAN PIHAK UCITV UNTUK MEMBUAT LIPUTAN PROGRAM ECTIVE6

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar Semester 1 Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (MBV) akan menganjurkan "Exhibition Of Educationla Technology In Technical and Vocational Education (ECTIVE6,2008)".

3. Untuk makluman, aktiviti ini merupakan acara setiap semester bagi pelajar-pelajar yang mengikuti Program Sarjana Pendidikan dalam kursus MBE 1053 (Teknologi Pendidikan dalam PTV) dan merupakan kali ke enam diadakan. Antara bahan yang dipamerkan termasuklah multimedia interaktif hasil kretiviti pelajar sendiri.

4. Justeru itu, pihak tuan adalah dijemput untuk membuat liputan sepanjang program berlangsung dan butirannya adalah seperti berikut

Program : ECTIVE 6
Tarikh : 31 Mac 2008 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM

Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan terima kasih.

Sekian

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang benar,



Dr HJ BAHAROM BIN MOHAMAD
Ketua Jabatan Ikhtisas Pendidikan
b/p Dekan
Fakulti Pendidikan Teknikal
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
4538206

Majlis Sambutan Maulidur rasul SAW 1429H



Majlis Sambutan Maulidur rasul SAW 1429H

Penceramah Jemputan Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz, Bekas Pegawai Agama Istana Negara Tarikh : 31 Mac 2008 (Isnin) / 23 Rabiulawal 1429H Masa : 10.00 pagi Tempat : Masjid UTHM

Sunday, March 30, 2008

Majlis Penangguhan Kelas Pengajian Iqra' Sesi 07/08 dan perarakan Sambutan Maulidur Rasul

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Iqra' akan mengadakan Majlis Penangguhan Kelas Pengajian Iqra' sesi 07/08 dan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul.

3. Oleh itu, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat mengadakan rakaman ketika program berlangsung. Berikut adalah butiran berkenaan program tersebut:

Tarikh : 30 Mac 2008 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 12.00pagi
Tempat : Dewan Kuliah C, Blok G3, UTHM
Anjuran : Kelab Iqra', UTHM

Friday, March 28, 2008

COLOQUIUM 1

COLOQUIUM 1 :
Title : "Aspects of the German TVET - system for the companies involved"
Speaker : Prof. Dr. Horst-Erich Rikeit (Universiti Bremen, Germany) Date : 28 Mac 2008 Time : 9 a.m. - 12 p.m.
Venue : Dewan Kuliah 2
Organized by : Research & Innovation Committee, Faculty of Technical Education, UTHM.

Wednesday, March 26, 2008

The second colloquium of Center for Science Studies (PPS)

Y. Bhg. Dato' / Prof. / Assoc. Prof. / Dr. / Sir / Mdm / Miss,
We are glad to inform that the Colloquium Committee, Center for Science Studies (Pusat Pengajian Sains, PPS) will be organizing the second colloquium as below:

Date : 26 Mar 2008 (Wed)
Venue : Education Studio
Time : 3.00 - 3.30 pm
Title 1 : The Designation of Haar Wavelet Matrices for Ordinary Differential Equations
Speaker 1 : En. Phang Chang (PPS)

Time : 3.30 -4.00 pm
Title 2 : Introduction to Orthogonal Polynomials
Speaker 2 : Cik Hamizah Binti Mohd Safuan (PPS)



Y. Bhg. Dato’ / Prof. / Assoc. Prof. / Dr. / Sir / Madam / Miss are invited to attend the above colloquium. Your participation will significantly contribute to the success of the above colloquium and is much appreciated. We are looking forward for your presence. The abstract of the colloquium as attached.

Thank you,
“WITH WISDOM, WE EXPLORE”


Dr. Tay Kim Gaik
Coordinator
Colloquium Committee
Center for Science Studies
tay@uthm.edu.my
ext: 7958

Tuesday, March 25, 2008

Malam Potret Kejayaan

Sukacitanya dimaklumkam bahawa Biro Akademik dan Intelektual, Jawatankuasa Kolej Kediaman Tun Dr Ismail akan mengadakan Malam Potret Kejayaan seperti butiran berikut:

Nama Progrm : Malam Potret Kejayaan
Tarikh : 25 Mac 2008
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, DTII
Masa : 9.00 malam
Anjuran : Biro Akademik dan Intelektual, Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail

Wednesday, March 19, 2008

Taklimat Hak Cipta Dalam Penerbitan Anjuran Pejabat Penerbit UTHM

Y. Bhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/ Puan,

TAKLIMAT HAK CIPTA DALAM PENERBITAN ANJURAN PEJABAT PENERBIT UTHM

Berhubung perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa usaha Pejabat Penerbit untuk memberi pendedahan kepada staf akademik UTHM menghasilkan manuskrip yang berkualiti, satu taklimat penerbitan akan dianjurkan.

2. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Penerbit akan menganjurkan Taklimat Hak Cipta dalam Penerbitan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh : 19 Mac 2008 ( Rabu )
Tempat : Galeri Ilmu
Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

3. Bersama-sama ini disertakan poster yang berkaitan seperti di lampiran. Kami meminta kerjasama YBhg. Dato’/ Prof./ Dr./Tuan/ Puan untuk mengesahkan kehadiran kepada kami melalui e-mel noraidah@uthm.edu.my atau shajar@uthm.edu. my dengan kadar segera.
Perhatian dan sokongan dari pihak YBhg. Dato’/ Prof./ Dr./Tuan/ Puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

PROF. MADYA MOHD IMRAN GHAZALI
Ketua Penerbit
07-453 7450
imran@uthm.edu.my

Sunday, March 16, 2008

Minggu Sahsiah Pelajar EMAS08 (16 - 20Mac)





Program : Minggu Aspirasi Sahsiah 2008 
Tarikh : 16 - 20 Mac 2008
Tempat : DTII, DKA G3, F2

Tentatif Program:-
Majlis Perasmian & Forum ' You I Love'
Tarikh : 17 Mac 2008 (Isnin)
Masa : 8.00 - 11.30 malam
Tempat : DTII 

Ahli Panel : 1. M.Fitri M.Aris (UNIC), Artis Nasyid Hijjaz Record 2. Dr. Ariff Salleh, Pensyarah Pusat Pengajian Islam UTM 3. Ustazah Norhafizah Musa, Pensyarah Unit Pengajian Islam UTM (City Campus)

Nasyid Corner
Tarikh : 18 Mac 2008 (Selasa)
Masa : 8.00 - 11.30 malam 
Tempat : DTII 
  
Seminar Perubatan Islam
Tarikh : 19 Mac 2008 (Rabu)
Masa : 8.00 - 11.30 malam
Tempat : DTII
 
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah 
Tarikh : 20 Mac 2008 (Khamis)
Masa : 8.00 - 11.30 malam
Tempat : DTII

Saturday, March 15, 2008

Program Finishing School 2008 (15-16 Mac 2008)

Tarikh : 15 - 16 Mac 2008 (sabtu dan ahad)
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : BK G3, DKA

Pertandingan Nyanyian Keroncong Johor 2008





Pertandingan Nyanyian Keroncong Johor 2008

Tarikh : 15 Mac 2008 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi (Saringan)
Masa : 8.00 malam (Akhir)
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim, UTHM


Wednesday, March 12, 2008

Kursus Approaches To Teaching (problem Based Learning)

JEMPUTAN UNTUK MEMBERI CERAMAH ILMIAH KURSUS APPROACHES TO TEACHING (PROBLEM BASED LEARNING)

Tarikh : 12 - 13 mac (Rabu & Khamis)
Tempat : Bilik Seminar iLQam
Aras 4 Bangunan PTAR 2
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Presenter : Dr Berhanuddin Mohd Salleh
Krew : Nazar & Aidi

Seminar Hubungan Korporat dan Industri UTHM (CIRS) Siri 1/2008

SEMINAR ANJURAN JAWATANKUASA PENYELIDIKAN, SEMINAR DAN KOLOKIUM, PUSAT PENGAJIAN KEMANUSIAAN DAN KOMUNIKASI (PPKK) BERSAMA PUSAT PERHUBUNGAN KORPORAT DAN ANTARABANGSA (PEKA), UTHM


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Jawatankuasa Penyelidikan, Seminar dan Kolokium, PPKK bersama Pusat Perhubungan Korporat Dan Antarabangsa (PEKA), UTHM akan menganjurkan sebuah seminar seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Mac 2008 (Rabu)
Tempat : Studio Pendidikan UTHM
Masa : 10.30 pagi – 1.15 petang
Penceramah : Assistant Professor Mika Okushima,
Kanda University of International Studies
Tokyo, Japan
Tajuk : Seminar Hubungan Korporat dan Industri UTHM (CIRS) Siri 1/2008


3. Sehubungan dengan perkara di atas, tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri seminar tersebut. Kehadiran tuan/puan adalah amat diharapkan bagi menjayakan program tersebut dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Bersama-sama dengan ini disertakan tentatif pelaksaan seminar seperti di lampiran.

Sekian.

SAZULIANA BINTI SANIF
Setiausaha
Jawatankuasa Penyelidikan, Seminar dan Kolokium
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
07-4537919
zuliana@uthm.edu.my

Penganjuran "Seminar Wakaf" di UTHM

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Daerah Batu Pahat akan menganjurkan “Seminar Wakaf” untuk warga universiti dan masyarakat sekitar Batu Pahat iaitu seperti butiran berikut :

Tarikh : 12 Mac 2008
Masa : 8.00 pagi ~ 1.00 petang
Tempat : DKA Blok G3B

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memaklumkan mengenai penganjuran seminar tersebut dan seterusnya menjemput semua warga UTHM untuk hadir ke seminar yang diadakan.

Sekian harap maklum dan terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,
ZAINUDIN BIN SAMIDUN
b/p Ketua Pusat Islam
Pusat Islam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Samb : 7649
zanudin@uthm.edu.my

Thursday, March 6, 2008

Program Wacana Penyelidikan

Y. Bhg. Prof. / Tuan / Puan,

PROGRAM WACANA PENYELIDIKAN

Adalah dimaklumkan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi dengan berbesar hati akan menganjurkan Program Wacana Penyelidikan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 6 Mac 2008 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Kuliah 2, UTHM
Aturcara: Seperti di lampiran

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada staf akademik yang baru kembali daripada cuti belajar dan staf akademik yang baru dilantik berkenaan bidang penyelidikan di Universiti ini. Sehubungan dengan itu, bagi staf akademik yang telah dicalonkan oleh setiap fakulti dikehendaki untuk menghadiri program ini dan kedatangan akan direkodkan.

Sekian, terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Yang benar,
SAM FAHEEDA BT. ABDUL SAMAD

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

b/p Pengarah
Tel : 07-4537870Fax : 07-4536021
faheeda@uthm.edu.my

Pesta Matematik 2008

Merujuk kepada perkara di atas, Pusat Pengajian Sains ingin menjemput tuan/ puan datang bagi memeriahkan "PESTA MATEMATIK 2008" yang dijadual berlangsung selama 2 hari bermula jam 8.30 am sehingga jam 5.00 pm. Tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 5 dan 6 Mac 2008
Tempat: DTII

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut:
http://web.uthm.edu.my/uthm/iklan/BrocMat060308.pdf
atau
http://www.uthm.edu.my/pps

Kamil Bin Khalid
Pusat Pengajian Sains
07-4537962
kamil@uthm.edu.my

Wednesday, March 5, 2008

Pertandingan ROBOCON 2008 Peringkat UTHM

Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,

Jemputan ke Pertandingan ROBOCON 2008 Peringkat UTHM

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kejuruteraan Elektrik (KKE) dan Kelab Kejuruteraan Mekanikal (KKM), UTHM akan mengadakan Pertandingan Robocon UTHM 2008.

Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan berbesar hati menjemput Y.Bhg. Prof/ Tuan/ Puan untuk menyaksikan pertandingan ini seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 5 Mac 2008 (Rabu)
Tempat : Dewan Peperiksaan Bawah F2
Masa : 1) 10.00 pagi - Field test oleh ketiga – tiga pasukan
2) 2.30 petang – Perlawanan saringan
3) 4.00 petang – Pertandingan akhir

Untuk makluman tuan, pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pasukan ROBOCON UTHM 2008 bagi menghadapi pertandingan Robocon peringkat kebangsaan pada 25 – 30 Mac 2008 nanti di UKM.

Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amat kami harapkan.

Sekian, terima kasih.

Sekretariat Pertandingan ROBOCON UTHM 2008
Kelab Kejuruteraan Elektrik & Kelab Kejuruteraan Mekanikal
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


b/p
MOHD AZLIS SANI MD JALIL
Lecturer
Department of Manufacturing and Industrial Engineering Faculty of Mechanical Engineering and Manufacturing
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja,
Batu Pahat Johor Darul Takzim
MALAYSIA

Off: 07 - 453 7778
Fax: 07 - 453 6080
HP: 019 - 211 2692
azlis@uthm.edu.my