Thursday, February 24, 2022

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)



Tarikh : 24 Februari 2022 (Khamis)
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Sudut Bacaan Tan Sri Johan Jaafar, Perpustakaan Tunku Tun Aminah

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UTHM dengan Asia China Education and Culture (ACEC) Association dan China-ASEAN ceremony of Universities for Electronic Information Innovation International Industry Academia Research Collaboration Initiative Signing Ceremony di antara Guilin University of Electronic Technology (GUET) dan UTHM secara fizikal dan atas talian di Sudut Tan Sri Johan Jaafar, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Johor.
Prof. Datuk Ts. Dr Wahid Razzaly, Naib Canselor UTHM telah menurunkan tandatangan bagi pihak UTHM bagi memeterai MoU bersama ACEC dan Initiative Signing bersama Guilin University of  Electronic Technology (GUET) dari China.
MoU dan Inisiatif yang ditandatangani ini merangkumi jalinan kerjasama akademik, penyelidikan, perundingan, pengkomersialan dan mobiliti antarabangsa. Kerjasama yang dijalinkan ini merupakan manifestasi komitmen UTHM untuk menjadi Global Technopreneur Universiti pada tahun 2030 (GTU 2030).
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden GUET Profesor Xu Hua Rui, Mr. Yang Cheng Cheng Pengarah Eksekutif Serantau ACEC, Dr. Wang Yue Dean of College of International Exchange GUET, Ts. Dr. Azizul Azhar Ramli, Dekan FSKTM, Prof. Dr. Chan Chee Ming Pengarah Pejabat Antarabangsa, pegawai-pegawai UTHM dan wakil dari ACEC.

 


Saturday, February 19, 2022

Istiadat Penyerahan Skrol Graduan 2020



 Istiadat Penyerahan Skrol Graduan 2020

ISTIADAT KONVOKESYEN KE-20 UTHM
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Tempat : DEWAN SULTAN IBRAHIM
Tarikh : 19 - 27 FEBRUARI 2022