Wednesday, January 26, 2022

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UTHM dengan Microcorp Sdn. Bhd.

 




KANZU Research: Resilient Built Environment dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) , Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) akan mengadakan satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan Microcorp Sdn. Bhd. dan Simbolik Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan Microcorp Sdn. Bhd dan MNJ Teras Sdn. Bhd.
TARIKH: 26 Januari 2022 (Rabu)
MASA: 03.00 petang hingga selesai
PLATFORM: Laman Rasmi Youtube UTHM TV

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UTHM dengan Microcorp Sdn. Bhd. dan Simbolik Pertukaran Dokumen MoA antara UTHM, Microcorp Sdn. Bhd dan MNJ Teras Sdn. Bhd.
Majlis yang berlangsung di Dewan Jamuan Aras 5 ini menyaksikan Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly, Naib Canselor UTHM mewakili universiti menandatangani dokumen MoA manakala Microcorp Sdn. Bhd. pula diwakili oleh Pengarah Urusan, Encik Ahmad Sharainon Md Shaarani.
Encik Naim Maslan, Menjalankan Fungsi Pendaftar UTHM serta Puan Suriati Shari, Pengarah Archibus Solution Center Kuala Lumpur Sdn. Bhd. turut hadir ke majlis ringkas tersebut sebagai saksi perjanjian.
Turut berlangsung, sesi pertukaran dokumen MoA antara UTHM yang diwakili Naib Canselor UTHM dengan Microcorp Sdn. Bhd. dan MNJ Teras Sdn. Bhd. diwakili oleh Encik Mohd Nizar Mohd Jaafar, Pengarah MNJ Teras Sdn. Bhd.
Hadir sama dalam majlis tersebut, Prof. Ts. Dr. Azme Khamis, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM, Pegawai-pegawai Kanan Universiti dan wakil dari pihak industri.
Ketiga-tiga institusi ini iaitu UTHM, Microcorp Sdn. Bhd dan MNJ Teras Sdn. Bhd ini akan menjalinkan kerjasama melalui aktiviti akademik, penyelidikan dan industri seperti penempatan latihan industri, pertukaran pelajar, pembelajaran berasaskan kerja, program pembangunan bakat serta lain-lain yang akan dipersetujui bersama. Projek ini diketuai oleh Sr Dr. Noralfishah Sulaiman dari KANZU Research: Resilient Built Environment.
Pihak universiti mengucapkan terima kasih kepada pihak Microcorp Sdn. Bhd. kerana memberi sumbangan berbentuk in-kind bernilai RM4 juta. UTHM juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Microcorp Sdn. Bhd dan MNJ Teras Sdn. Bhd kerana telah menyumbang geran sebanyak RM10 ribu bagi menjayakan kerjasama MoA ini dalam pembangunan Resilience4WRD Lab: Resilient & Agile Cities for Future.

Bual Bicara Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM bersama Warga FKMP




Bual Bicara YBhg. Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM : YBhg Dato' Sri Ibrahim bin Ahmad bersama Warga Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP)

Tarikh : 26 Januari 2022 | Rabu
Masa : 2.30 petang
Tempat : Sudut Tan Sri Johan Jaafar PTTA

Majlis Amanat Naib Canselor 2022

 



Majlis Amanat Naib Canselor 2022 & Pelancaran Buku Pelan Strategik 2021-2025 UTHM

Tarikh : 26 Jan 2022 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim


TENTATIF
MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2022 &
PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK 2021-2025
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

**********************************************

9:15 pagi : Ketibaan Tetamu Pegawai Universiti

9.45 pagi : Ketibaan YBhg. Naib Canselor

9.55 pagi : Perarakan Masuk YBhg. Naib Canselor

10.00 pagi : Nyanyian Lagu Bangsa Johor & Negaraku

10.05 pagi : Bacaan Doa

10.10 pagi : Ucapan Aluan Penolong Naib Canselor (Strategik & Kualiti) : Ulasan Prestasi 2021

10.20 pagi : Tayangan Video Imbasan Pencapaian 2021

10.25 pagi : Perutusan YBhg. Naib Canselor 2022 : Penetapan Hala Tuju & Sasaran KPI 2022

11.30 pagi : Perarakan Masuk YBhg. Pengerusi LPU

11.40 pagi : Gimik Pelancaran Buku Pelan Strategik 2021-2025

11.45 pagi : Ucapan YBhg. Pengerusi LPU

12.00 tengahari : Nyanyian Lagu Gemilang UTHM

12.05 tengahari : Majlis Tamat

Sunday, January 23, 2022

Rakaman Pemakaian Jubah & Mask untuk konvokesyen UTHM

Rakaman Pemakaian Jubah & Mask untuk konvokesyen UTHM

Tarikh :23 Jan 2022 )Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tghri
Tempat : Studio Emerald, E6

Wednesday, January 19, 2022

Majlis Menandatangani Kerjasama (LoI) Kajian Penyelidikan di antara UTHM dan CHARMS




Majlis Menandatangani Kerjasama (LoI) Kajian Penyelidikan di antara UTHM dan CHARMS

Tarikh : 19 Januari 2022 (Rabu) Masa : 11.00 pagi Tempat : Bilik Bankuet, Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Johor.

Ustaz Mustapahayuddin Abdul Khalim, Pengarah iSWAJ telah menurunkan tandatangan bagi pihak UTHM manakala Pegawai Eksekutif CHARMS, Puan Nur Bashirah Hussin telah menurunkan tandatangan bagi pihak CHARMS yang telah disaksikan oleh Prof. Datuk Ts. Dr Wahid Razzaly, Naib Canselor UTHM dan Tuan Nik Ilman Fahmi, Ketua Pegawai Operasi CHARMS.
Kerjasama yang ditandatangani ini merangkumi jalinan akademik, penyelidikan, perundingan dan pengkomersialan. Kerjasama yang dijalinkan ini merupakan manifestasi komitmen UTHM untuk menjadi Global Technopreneur Universiti pada tahun 2030 (GTU 2030). Dana kerjasama ini diberikan oleh CHARMS sebanyak RM50,000.00 dan ditambah dengan dana UTHM sebanyak RM20,000.00 sebagai Geran Sepadan Industri menunjukkan komitmen universiti.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Dekan-dekan Fakulti, Pegawai-pegawai Kanan Universiti dan wakil staf dari CHARMS.

Monday, January 17, 2022

Rakaman Taklimat Peperiksaan Akhir

Rakaman Taklimat Peperiksaan Akhir

Tarikh : 17 Jan 2022 (Isnin)
Masa : 9.00 am
Tempat : Studio Emerald, E6

Wednesday, January 12, 2022

Hari Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2021/2022

 


Hari Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2021/2022
Tarikh : 12 Jan 2022 (Rabu)
Masa : 8.30 am ~ 4.00 ptg

Sunday, January 9, 2022

Sesi Rapat Umum Calon Umum Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2021/2022

 


Sesi Rapat Umum Calon Umum Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2021/2022

Tarikh : 9~10 Jan 2022 (Ahad~Isnin) Masa : 9.00~11.00 malam Platform : Zoom & Youtube