Wednesday, January 19, 2022

Majlis Menandatangani Kerjasama (LoI) Kajian Penyelidikan di antara UTHM dan CHARMS




Majlis Menandatangani Kerjasama (LoI) Kajian Penyelidikan di antara UTHM dan CHARMS

Tarikh : 19 Januari 2022 (Rabu) Masa : 11.00 pagi Tempat : Bilik Bankuet, Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Johor.

Ustaz Mustapahayuddin Abdul Khalim, Pengarah iSWAJ telah menurunkan tandatangan bagi pihak UTHM manakala Pegawai Eksekutif CHARMS, Puan Nur Bashirah Hussin telah menurunkan tandatangan bagi pihak CHARMS yang telah disaksikan oleh Prof. Datuk Ts. Dr Wahid Razzaly, Naib Canselor UTHM dan Tuan Nik Ilman Fahmi, Ketua Pegawai Operasi CHARMS.
Kerjasama yang ditandatangani ini merangkumi jalinan akademik, penyelidikan, perundingan dan pengkomersialan. Kerjasama yang dijalinkan ini merupakan manifestasi komitmen UTHM untuk menjadi Global Technopreneur Universiti pada tahun 2030 (GTU 2030). Dana kerjasama ini diberikan oleh CHARMS sebanyak RM50,000.00 dan ditambah dengan dana UTHM sebanyak RM20,000.00 sebagai Geran Sepadan Industri menunjukkan komitmen universiti.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Dekan-dekan Fakulti, Pegawai-pegawai Kanan Universiti dan wakil staf dari CHARMS.

No comments: