Thursday, July 30, 2015

VIVA - 1) AMIRA BTE AZHAR (KFA) 2) NURASIAH MIRA BTE ANUAR (KFA)

Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan dua (2) peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

Nama Pelajar                 : Amira bte Azhar
Program                         : Sarjana Kejuruteraan Awam 
Tarikh                            : 30 Julai 2015 
Masa                              : 9.30 am (Pembentangan terbuka)
Tempat                          : Studio Pendidikan, UTHM
Penyelia Utama             : Prof. Madya Dr. Chan Chee Ming
Pemeriksa Luar             : Prof. Madya Dr. Siti Noor Linda bte Taib (UNIMAS)
Pemeriksa Dalam          : Dr. Khairul Nizar bin Mohd Yusof 
Pengerusi                      : Prof. Madya Dr. Adnan bin Zainorabidin
Tajuk Tesis                    : A STUDY ON SOLIDIFICATION OF DREDGED MARINE SOILS WITH BOTTOM ASH : STRENGTH AND STIFFNESS IMPROVEMENT
 
Nama Pelajar                 : Nurasiah Mira bte Anuar 
Program                         : Sarjana Kejuruteraan Awam 
Tarikh                             : 30 Julai 2015 
Masa                           : 10.15 am (Pembentangan terbuka)
Tempat                        : Studio Pendidikan, UTHM
Penyelia Utama           : Prof. Madya Dr. Chan Chee Ming
Pemeriksa Luar           : Dr. Farrah Aini bte Dahalan (UniMAP)
Pemeriksa Dalam        : Dr. Norshuhaila bte Mohamed Sunar  
Pengerusi                    : Prof. Madya Dr. Zawawi bin Daud 
Tajuk Tesis                   : FACTORS AFFECTING THE SURVIVAL OF ESCHERICHIA COLI IN DREDGED MARINE SOILS
 
Y.Bhg.Prof /Tuan /Puan anda semua dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan amat dialu-alukan.

Sekian,

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Wednesday, July 29, 2015

VIVA - ABDULLAHI UMAR (PPP)

Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

Nama Pelajar                 : Abdullahi Umar
Program                         : Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi
Tarikh                             : 29 Julai 2015 
Masa                              : 9.30 am (Pembentangan terbuka)
Tempat                          : Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Siswazah, UTHM
Penyelia Utama             : Prof. Madya Dr. Eta bte Wahab
Pemeriksa Luar             : Prof. Dr. Amran bin Md Rasli (UTM)
Pemeriksa Dalam          : Prof. Madya Dr. Abdul Talib bin Bon 
Pengerusi                      : Prof. Dr. Rosman bin Md Yusoff  
Tajuk Tesis                    : THE MEDIATION EFFECTS OF ORGANIZATIONAL COMMITMENT ON THE RELATIONSHIP BETWEEN TECHNOLOGY CHARACTERISTICS AND
                                        TECHNOLOGY ADOPTION IN THE NIGERIAN SMEs 
 
 
Y.Bhg.Prof /Tuan /Puan anda semua dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan amat dialu-alukan.

Sekian,

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Sunday, July 12, 2015

Sesi rakaman ucapan YBhg. Datuk Naib Canselor sempena Hari Raya Aidil Fitri 1436 H

Sesi rakaman ucapan YBhg. Datuk Naib Canselor sempena Hari Raya Aidil Fitri 1436 H

Tarikh : 12 Julai 2015 (Ahad)
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Pejabat YBhg. Datuk Naib Canselor

Monday, July 6, 2015

Majlis Diskusi Ilmu Bertajuk “Refleksi Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan Universiti (SKTU) bagi Pertengahan Tahun 2015”


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 5 (72)                                                    5 Julai 2015
_____________________________

PEKELILING AM BIL. 26 TAHUN 2015
_____________________________

MAJLIS DISKUSI ILMU BERTAJUK
REFLEKSI PENCAPAIAN SASARAN KERJA TAHUNAN UNIVERSITI(SKTU)
BAGI PERTENGAHAN TAHUN 2015
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Diskusi Ilmu Bertajuk Refleksi Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan Universiti (SKTU) bagi Pertengahan Tahun 2015” sepertimana ketetapan berikut :

                    Tarikh           :        6 Julai 2015 (Isnin)
                   Masa            :        8.30 pagi-12.00 tengahari
                   Tempat         :        Dewan Sultan Ibrahim (DSI)

  1. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

  1.             Sehubungan dengan itu, semua staf universiti adalah DIWAJIBKAN HADIR untuk memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh universiti. Staf dikehendaki merekodkan kehadiran datang dan pulang di Dewan Sultan Ibrahim.

  1. Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Pegawai Khidmat Pelanggan dan staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti/persidangan/seminar/kursus.

  1.             Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Datuk/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.     -   YBhg. Datuk Naib Canselor
          -   Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
          -   Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-   Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-   Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
-   Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
-   Dekan-Dekan Fakulti
-   Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-   Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

AHAR/MTS/s/02.07.2015/pekeliling am UTHM

ATUR CARA
MAJLIS DISKUSI ILMU BERTAJUK
REFLEKSI PENCAPAIAN SASARAN KERJA TAHUNAN UNIVERSITI (SKTU)
BAGI PERTENGAHAN TAHUN 2015”
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

**********************************************


8:30 pagi : Ketibaan Staf dan Pegawai Universiti
8:45 pagi : Ketibaan Naib Canselor UTHM
YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin

8:50 pagi : Bacaan Doa
Nyanyian Lagu Negaraku & Bangsa Johor

9:00 pagi : Ucapan Alu-Aluan Pengarah PPSK
YBhg. Prof. Ayob bin Johari

9:15 pagi : Diskusi Ilmu Bertajuk “Refleksi Pencapaian SKTU bagi Pertengahan Tahun 2015”
YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin

11:30 pagi : Nyanyian Lagu Gemilang UTHM.
12:00 t/hari : Majlis Bersurai