Friday, February 29, 2008

Majlis Perhimpunan Bulanan & Taklimat MQF

Pekeliling Pengurusan Bil.18/2008

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

.
UTHM/PP/100-6/3 (18) 27 Februari 2008


PEKELILING PENGURUSAN BIL. 18/2008
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR
(AKADEMIK & ANTARABANGSA)
DAN
TAKLIMAT ”MALAYSIAN QUALIFICATION FRAMEWORK” (MQF)

Adalah dimaklumkan bahawa, Majlis Perhimpunan Bulanan akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 29 Februari 2008 (Jumaat)
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)
Status Kehadiran : i) Majlis Perhimpunan Bulanan
- Semua Staf wajib hadir
- Rekod Kehadiran :
8.00 pagi – 10.30 pagi
ii) Taklimat MQF
- Staf Akademik Wajib Hadir
- Rekod Kehadiran :
8.00 pagi – 12.15 tengahari

2. Sehubungan dengan itu semua staf dikehendaki merekodkan kedatangan di pintu masuk dan keluar mengikut ketetapan di atas, di pintu masuk Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Semua Ketua PTJ diminta untuk mempastikan semua staf hadir ke majlis yang diadakan. Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus.

3. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian Y. Bhg. Prof. /Tuan / Puan.

Harap maklum. Sekian. Terima Kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100

s.k - Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

Friday, February 22, 2008

Ceramah (Institut Sains Angkasa UKM)

Y.Bhg. Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu sesi ceramah/taklimat berkaitan Institut Sains Angkasa UKM akan diadakan seperti berikut:

Tarkh : 22 Februari 2008 (Jumaat)

Masa : 10.00 – 11.30 pagi

Tempat : Dewan Jamuan 1, DTII

Penceramah : Prof. Dato' Dr. Baharudin Yatim, Pengarah, Institut Sains Angkasa (ANGKASA), UKM

Semua staf dengan hormatnya dijemput hadir. Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.


Suhaimi Bin Kamit
Pusat Perhubungan Korporat dan Antarabangsa
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel: 453 7446
ksuhaimi@uthm.edu.my

Wednesday, February 20, 2008

Program Motivasi Akademik "Mencapai Kejayaan PMR 2008 Dalam Matapelajaran Bahasa Inggeris"

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Jabatan Bahasa Moden, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi telah dijemput mengendalikan Program motivasi Akademik "Mencapai Kejayaan PMR 2008 Dalam Matapelajaran Bahasa Inggeris" seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20 Februari 2008 (rabu)
Masa : 8.00 pagi - 2.30 petang
Tempat : SMK Seri Lalang, Air Hitam
Anjuran : PPKK (Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi)

Saturday, February 16, 2008

Majlis Pelancaran Komuniti Alumni Kumpulan Kepakaran

Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan/Encik/Cik

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN KOMUNITI ALUMNI KUMPULAN KEPAKARAN KEPIMPINAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak penganjur menjemput anda * hadir ke program tersebut sepertimana ketetapan berikut.
Aturcara Majlis : Grand Dinner, Magic Show dan Speech
Tarikh : 16 Februari 2008, Sabtu
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM
Perasmi : YB Datuk Dr Adham bin Baba, Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

3. Jemputan (VIP) kepada Pegawai Kanan Universiti dan Pegawai Universiti (Ketua PTJ) akan disusuli melalui kad jemputan rasmi yang akan diedarkan mulai esok (Jumaat, 25 Januari 2008).

* Anda yang dijemput bermaksud sebagai Hadirin/Hadirat
1. Alumni PLSP/ITTHO/KUiTTHO/UTHM yang pernah menjawat jawatan dalam MPP sejak PLSP Sesi 1994/1995 hingga UTHM 2007/2008

2. Alumni PLSP/ITTHO/KUiTTHO/UTHM (pernah study Diploma/Degree/Master/pHD) yang kini
berkhidmat sebagai staf UTHM

- sila rujuk Penyelaras Hubungan dan Kemajuan Alumni (Fakulti) masing-masing untuk mendapatkan
kad jemputan rasmi

FKAAS - Tn. Hj. Ismail bin Ibrahim (013-353 8858)
FKEE - En. Muhammad Suhaimi bin Sulong (019-710 0827)
FKMP - Dr Yusri bin Yusof (012-784 3135)
FTMM - En. Helmi Adly bin Mohd Noor (013-799 2786)
FPT - Dr David Martin @ Daud Juanil (019-820 0290)
FPTek - Pn. Nur Sofurah binti Mohd Faiz (019-710 1214)

- Bagi staf PTJ lain selain Fakulti sila rujuk En. Mohamad Zaid bin Mustafa - Ketua Sekretariat Alumni (019-981 8170)

3. Alumni PLSP/ITTHO/KUiTTHO/UTHM yang sedang menyambung pengajian di UTHM samada peringkat Degree/Master/pHD

- kepada Staf Akademik harap dapat maklumkan kepada pelajar-pelajar dan minta pelajar datang mendapatkan PAS MASUK PERCUMA di Pejabat Hal Ehwal Pelajar

Tempat adalah Terhad, Sesiapa yang membuat pengesahan terawal akan diberi keutamaan.
Jemputan tersebut adalah untuk Suami Isteri.
Adalah diharapkan juga dapat memanjangkan makluman berikut kepada rakan-rakan yang berkaitan.

Sekian, Terima Kasih.

"PERSADA JALINAN GEMILANG"
"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

AHMAD ZULFADLI BIN JUSOH
Penolong Pendaftar
Centre of Advancement and Alumni Relations (CARE)
Pusat Hubungan dan Kemajuan Alumni
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
012-956 4636 / 019-326 5547
07-453 7043
zulfadli@uthm.edu.my

Saturday, February 2, 2008

Hari Keluarga UTHM 2007

Pekeliling Pengurusan bil.1/2008

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 (01) 2 Januari 2008

PEKELILING PENGURUSAN BIL.1/2008

PERUBAHAN TARIKH PROGRAM HARI KELUARGA UTHM 2007UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan Hari Keluarga UTHM 2007 akan diadakan pada 19 Januari 2008 (Sabtu)seperti dinyatakan dalam Pekeliling Pengurusan Bil.68/2007. Walau bagaimanapun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak Universiti telah meminda tarikh tersebut pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 2 Februari , 2008 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Mini Stadium UTHM

2. Sehubungan dengan itu, kepada staf yang belum membuat Pengesahan Kehadiran sila layari laman web http://tcis.uthm.edu.my/ di bahagian Pengesahan Kehadiran Hari Keluarga bagi memberikan jawapan berkenaan kehadiran staf sehingga 4 Januari 2008 ((Jumaat).

Sekian, terima kasih.

“MENERAJUI APLIKASI SAINS DAN TEKNOLOGI”
Yang benar,
SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100
s.k - Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit