Friday, February 29, 2008

Majlis Perhimpunan Bulanan & Taklimat MQF

Pekeliling Pengurusan Bil.18/2008

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

.
UTHM/PP/100-6/3 (18) 27 Februari 2008


PEKELILING PENGURUSAN BIL. 18/2008
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR
(AKADEMIK & ANTARABANGSA)
DAN
TAKLIMAT ”MALAYSIAN QUALIFICATION FRAMEWORK” (MQF)

Adalah dimaklumkan bahawa, Majlis Perhimpunan Bulanan akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 29 Februari 2008 (Jumaat)
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)
Status Kehadiran : i) Majlis Perhimpunan Bulanan
- Semua Staf wajib hadir
- Rekod Kehadiran :
8.00 pagi – 10.30 pagi
ii) Taklimat MQF
- Staf Akademik Wajib Hadir
- Rekod Kehadiran :
8.00 pagi – 12.15 tengahari

2. Sehubungan dengan itu semua staf dikehendaki merekodkan kedatangan di pintu masuk dan keluar mengikut ketetapan di atas, di pintu masuk Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Semua Ketua PTJ diminta untuk mempastikan semua staf hadir ke majlis yang diadakan. Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus.

3. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian Y. Bhg. Prof. /Tuan / Puan.

Harap maklum. Sekian. Terima Kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100

s.k - Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

No comments: