Friday, May 30, 2008

Majlis Tazkirah dan Majlis Doa Selamat pada 30hb. Mei 2008

Dimaklumkan bahawa Majlis Tazkirah serta Majlis Doa Selamat untuk Y. Bhg. Dato' Naib Canselor dan Datin akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 30hb. Mei 2008 (Jumaat) jam 8.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Eksekutif

Semua ahli KASTURI dijemput hadir. Sukacita dimaklumkan juga bahawa Y. Bhg. Dato' Naib Canselor dan Datin akan hadir ke majlis ini.

Sekian. Terima kasih.

b/p Pengerusi Biro Kerohanian, KASTURI
Siti Masturah bt Jamegan
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel : +607-4537007 Fax : +607-4536030

Wednesday, May 28, 2008

The Third Series Colloquium of Center for Science Studies

Y. Bhg. Dato' / Prof. / Assoc. Prof. / Dr. / Sir / Mdm / Miss,


We are glad to inform that the Colloquium Committee, Center for Science Studies (Pusat Pengajian Sains, PPS) will be organizing the third series colloquium as below:


Date : 28 May 2008 (Wed)

Venue : Education Studio

Time : 3.00 - 3.30 pm

Title 1 : Physical Changes Of Polystyrene Nanospheres Under Electron Beam Exposure

Speaker 1 : Dr. Mohd Arif Agam

(Faculty of Electrical and Electronic Engineering)

Time : 3.30 - 4.00 pm

Title 2 : Optimal Control: Formulation And Its Solution

Speaker 2 : En. Kek Sie Long
(Centre for Science Studies)


Y. Bhg. Dato’ / Prof. / Assoc. Prof. / Dr. / Sir / Madam / Miss are invited to attend the above colloquium. Your participation will significantly contribute to the success of the above colloquium and is much appreciated. We are looking forward for your presence. For more information the abstract of the colloquium is attached (http://web.uthm.edu.my/attach/abs05.doc)


Thank you,



“WITH WISDOM, WE EXPLORE”


Dr. Tay Kim Gaik
Coordinator
Colloquium Committee
Center for Science Studies
tay@uthm.edu.my
ext: 7958

Tuesday, May 27, 2008

Ceramah 'How To Become An Airline Pilot'

Prof/ Prof Madya/Dr /Tuan /Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Satu sesi ceramah akan diadakan oleh wakil dari pihak International Flying Academy of Sabah (IFAS) setelah sesi majlis MoU antara UTHM dengan IFAS seperti butiran berikut:

TARIKH : 27 Mei 2007 (Selasa)
MASA : 2.30 ptg
TEMPAT : Dewan Jamuan 1

3. Semua warga universiti dijemput hadir ke majlis dan sesi ceramah tersebut untuk mendapatkan kebaikan bagi diri sendiri dan ahli keluarga. Jamuan ringan akan disediakan.

Sekian, harap maklum.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"



Prof Ir Dr Hj Abas Ab Wahab,
Department of Plant and Automotive Engineering
Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor Darul Takzim, Malaysia
Tel: +60127076158
abas@uthm.edu.my

Saturday, May 24, 2008

Konvensyen Guru-guru Sekolah Kelas Rancangan Khas (KRK) Negeri Johor

Konvensyen Guru-guru Sekolah Kelas Rancangan Khas (KRK) Negeri Johor

Tarikh : 24 Mei 2008 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail

Friday, May 23, 2008

Penutup Khidmat Masyarakat SUKSIS

Tajuk : Majlis Penutup Program Khidmat Masyarakat SUKSIS
Tarikh : 23 Mei 2008
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Orang Ramai Semerah, Batu Pahat, Johor.

Wednesday, May 21, 2008

ICME 2008

Tuan Hj Mohd Nor bin Ihkasan
Ketua Unit UCiTV
Pejabat Canselori

Tuan,

MEMOHON KHIDMAT FOTOGRAFI DAN RAKAMAN TAYANGAN VIDEO SEMASA PROGRAM ICME 2008 BERJALAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan pihak fakulti akan mengadakan Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan 2008 (ICME2008) anjuran Fakulti Kejuriteraan Mekanikal dan Pembuatan, UTHM yang akan diadakan pada tarikh 21 - 23hb Mei 2008, bertempat di Hotel Puteri Pan Pacific Johor Bahru. Sehubungan dengan itu, pihak fakulti memohon kerjasama untuk berkhidmat semasa persidangan dijalankan. Berikut adalah tentatif program untuk rujukan pihak tuan:

Pihak fakulti mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada pihak tuan. Di antara peralatan yang diperlukan ialah fotografi, video record dan sebagainya. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan En. Mohd Rashid bin Kasmari (013-7473606)

Sekian, terima kasih.

Yang Benar

PROFESOR DR SULAIMAN BIN HJ HASSAN
Dekan
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
UTHM

Thursday, May 15, 2008

RAKAMAN PTK3 GRED DS45 SKIM PENSYARAH

Tuan Haji Mohd Nor bin Ihkasan
Ketua Unit UCiTV
Pejabat Canselori

Tuan,
PERMOHONAN MENGGUNAKAN KHIDMAT RAKAMAN DARIPADA UNIT UCITV UNTUK KURSUS PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) BAGI SKIM PENSYARAH GRED DS45 TAHAP KECEKAPAN 3 SESI 1 TAHUN 2008

Adalah dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kompetensi, Pejabat Pendaftar akan mengadakan Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi Skim Pensyarah Gred DS45 Tahap Kecekapan 3 Sesi 1 Tahun 2008 pada 12.21 Mei 2008.
3. Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik dan kerjasama pihak tuan/puan untuk menggunakan khidmat rakaman UCiTV bagi sesi pengucapan awam dan pembentangan kertas projek oleh peserta kursus tersebut sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 15, 16 dan 20 Mei 2008 (Khamis, Jumaat dan Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Blok B6 (Bilik Seminar A2 dan A3)

Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

'DENGANHIKMAH, KITA MENEROKA'

Yang Benar,

NOR SUHAILAH BINTI MOHAMAD
Penolong Pendaftar
Unit Kompetensi
Pejabat Pendaftar

Monday, May 5, 2008

Bengkel Keusahawanan

MEMOHON KHIDMAT UNIT UCITV

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Pusat Pembangunan Akedemik (CAD) akan mengadakan Program Bengkel Keusahawanan bertempat di Dewan Kuliah G, Kompleks G3.

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin meminta jasa baik dari pihak tuan agar dapat menyediakan khidmat jurugambar dan juga perakam video sepanjang program tersebut dijalankan.

4. Bersama ini disertakan tentatif program untuk tindakan pihak tuan.

5. Perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekain.

Yang Benar

Dr ISHAK BIN BABA
Ketua Jabatan Jaminan Kualiti Akademik
Pusat Pembangunan Akademik
Program : Bengkel Keusahawanan (Financial Planning For Entrepreneur Workshop)
Tempat : Dewan Kuliah G, Kolpleks G3
Tarikh : 6 Mei 2008
Masa : 8.30 am - 11.00pm
Anjuran : Pusat Pembangunan Akademik