Thursday, May 15, 2008

RAKAMAN PTK3 GRED DS45 SKIM PENSYARAH

Tuan Haji Mohd Nor bin Ihkasan
Ketua Unit UCiTV
Pejabat Canselori

Tuan,
PERMOHONAN MENGGUNAKAN KHIDMAT RAKAMAN DARIPADA UNIT UCITV UNTUK KURSUS PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) BAGI SKIM PENSYARAH GRED DS45 TAHAP KECEKAPAN 3 SESI 1 TAHUN 2008

Adalah dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kompetensi, Pejabat Pendaftar akan mengadakan Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi Skim Pensyarah Gred DS45 Tahap Kecekapan 3 Sesi 1 Tahun 2008 pada 12.21 Mei 2008.
3. Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik dan kerjasama pihak tuan/puan untuk menggunakan khidmat rakaman UCiTV bagi sesi pengucapan awam dan pembentangan kertas projek oleh peserta kursus tersebut sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 15, 16 dan 20 Mei 2008 (Khamis, Jumaat dan Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Blok B6 (Bilik Seminar A2 dan A3)

Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

'DENGANHIKMAH, KITA MENEROKA'

Yang Benar,

NOR SUHAILAH BINTI MOHAMAD
Penolong Pendaftar
Unit Kompetensi
Pejabat Pendaftar

No comments: