Tuesday, January 20, 2009

Amanat Tahun 2009 Oleh KPTM

Jemputan Majlis Amanat Tahun 2009 oleh Y.B Menteri Pengajian Tinggi

Tarikh : 20 Januari 2009
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Auditorium Kompleks E, Pusat Pentadbiran Persekutuan,
Putrajaya.

Friday, January 16, 2009

Perhimpunan Aman Palestin

Y. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan,
Tajuk :Perhimpunan Aman Palestin

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…..

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UTHM YANG MEMPUNYAI RASA KESEDARAN/SENSITIVITI KEMANUSIAAN BERKAITAN PENINDASAN REJIM ISRAEL TERHADAP PALESTIN…. KELAB IQRA’ DENGAN KERJASAMA MPP DAN KELAB-KELAB AKAN MENGADAKAN SATU PERHIMPUNAN AMAN UNTUK MEUNJUKKAN BANTAHAN KEPADA ISRAEL DAN SEKUTUNYA… SEMUA WARGA UTHM ( STAF AKADEMIK, STAF BUKAN AKADEMIK, MAHASISWA/MAHASISWI UTHM) TIDAK KIRA YANG BERAGAMA ISLAM ATAU BUKAN ISLAM… AYUH KITA BERAMAI-RAMAI MEMBANTAH

DI MANA SIFAT BELAS KASIHAN ANDA SEMUA SEBAGAI MANUSIA????????
TEMPAT : DATARAN MASJID JAMEK UTHM (sebelah blok D)
TARIKH : 16 JANUARI 2009 (JUMAAT)
MASA : 1.45 PETANG (SELEPAS SOLAT JUMAAT)

Yang Benar,

Presiden
Kelab Iqra'
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Thursday, January 15, 2009

Pra Bengkel Pemantauan Projek-Projek Penyelidikan Dana Sains (ScienceFund)

Tuan,

PERMOHONAN KHIDMAT RAKAMAN VIDEO UCITV

Dengan hormatnnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPI) akan mengadakan satu Pra Bengkel Pemantauan Projek-projek Penyelidikan Dana Sains (ScienceFund) di Bawah Klaster Industri (Bil.1/2009) Bagi Projek-projek yang diluluskan pada tahun 2006 seperti butiran berikut:

Tarikh : 15 Januari 2009 (Khamis)
Masa : 2.30 petang- 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat UTHM

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon untuk mendapatkan khidmat rakaman video sepanjang pra bengkel ini berjalan.

Sekian untuk makluman dan tindakan dari pihak tuan. Terima kasih.

'DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA'

SAM FAHEEDA BT ABDUL SAMAD
b/p Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Wednesday, January 14, 2009

Pelancaran English Speaking Day & English Language Support Programme (ELSP)

Y. Bhg. Prof. Dato./Prof./Tuan/Puan,
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (02) 13 Januari 2009

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 02/2009

PROGRAM PELANCARAN ENGLISH SPEAKING DAY DAN ENGLISH LANGUAGE SUPPORT PROGRAMME (ELSP)

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi bersama Pusat Pembangunan Akademik akan mengadakan Program Pelancaran English Speaking Day dan English Language Support Programme (ELSP) pada ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Januari 2009 ( Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)

2. Semua staf dan pelajar dimestikan hadir. Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Semua Dekan /Pengarah /Pengurus /Ketua Pusat /Bahagian/ Unit diminta untuk mempastikan semua staf hadir ke majlis yang diadakan.

3. Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus. Pengecualian juga diberikan kepada Pensyarah dan Pelajar yang mempunyai kuliah/kelas pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas.

4. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara untuk rujukan Y. Bhg. Prof. /Tuan / Puan.

Sekian. Terima Kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
7100

s.k - Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

Saturday, January 10, 2009

INSEP SHARING LOVE FOR CHARITY 2009

Tuan Haji Mohd Nor bin Ihkasan
Ketua Unit UCiTV

Tuan,

PERMOHONAN RAKAMAN VIDEO BAGI PROGRAM 'INSEP SHARING LOVE FOR CHARITY 2009' ANJURAN PELAJAR INSEP UTHM FASA II 2008

Adalah segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa peserta Program Latihan Peningkatan Kemahiran Latihan Industri (INSEP) 2008, University Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan Program 'INSEP Sharing Love For Charity 2009' yang akan diadakan di Batu Pahat Mall.

3. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memantapkan komunikasi pelajar INSEP dalam Bahasa Inggeris, disamping dapat beramal dan menyumbang untuk kanak-kanak pendidikan khas. Justeru, pihak kami ingin membuat permohonan agar pihak tuan dapat bekerjasama untuk merakamkan segala perjalanan program yang akan berlangsung. Berikut adalah butiran program:

Tarikh : 10 Januari 2009 (Sabtu)
Masa : 12.00 tgh - 6.30 ptg
Tempat : BP Mall, Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor.

4. Oleh yang demikian, kami berasa berbesar hati untuk menjemput pihak tuan agar dapat bersama-sama menjayakan program ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Mohd Fakhri bin Jahari (017-3571743). Segala sokongan dan bantuan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang benar'

LIZA BINTI MD APANDI
PP CEC

Friday, January 9, 2009

Amanat Tahun Baru 2009

OLEH Y. BHG. PROF. DATO’ DR. MOHD NOH DALIMIN NAIB CANSELOR UTHM

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan mengadakan majlis di atas pada ketetapan berikut:

Tarikh : 9 Januari, 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)

2. Semua staf diwajibkan hadir. Staf dikehendaki merekodkan kedatangan masing-masing dipintu masuk dewan. Semua Dekan / Pengarah / Pengurus / Ketua Pusat / Bahagian / Unit diminta mempastikan semua staf hadir ke majlis yang di adakan. Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Pengawas Peperiksaan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus.

3. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara majlis untuk perhatian Y. Bhg. Prof. /Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


Yang benar,

SULAM BIN HAMID
Pendaftar
7100


s.k - Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat /Pusat
- Ketua Pejabat/Pusat/Unit

Tuesday, January 6, 2009

Rakaman Amanat Timbalan Naib Canselor (HEPA) mengenai Pilihanraya MPP sesi 2008/2009

Tuan Hj Mohd Nor bin Ihkasan
Ketua Unit UCiTV
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tuan,

MEMOHON MEMBUAT RAKAMAN AMANAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (HEPA) MENGENAI PILIHANRAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2008/2009

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2008/2009 akan diadakan pada 8 Januari 2009 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kolej Kediaman Perwira, Kolej Kediaman Melewar dan Kampus Bandar. Pemilihan ini akan dijalankan melalui e-Undi.

3. Sehubungan dengan itu, Pejabat ini memohon agar pihak tuan dapat membuat rakaman Amanat Timbalan Naib Canselor (HEPA) pada 6 Januari 2009, jam 4.00 petang, bertempat di bilik beliau untuk disiarkan mulai 7 Januari 2009 hingga 8 Januari 2009. Untuk makluman tuan, Y.Bhg. Timbalan Naib Canselor (HEPA) telah sedia maklum tentang perkara ini.

Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Yang benar,

MD PUAD BIN KATNI
b/p Timbalan Pendaftar
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
7042

Monday, January 5, 2009

Liputan Semasa Penamaan & Pemilihan Calon Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2008/09

Ketua Unit UCiTV
Unit UCiTV
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tuan,

LIPUTAN SEMASA PENAMAAN & PEMILIHAN CALON MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2008/09

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sesi 2008/2009 akan berlangsung seperti makluman berikut:

i) Perkara : Hari Penamaan Calon
Tarikh : 5 Januari 2009
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang

ii) Perkara : Hari Pengundian
Tarikh : 8 Januari 2009
Masa : 8.00 pagi - 7.00 malam

3. Sehubungan dengan itu, di pohon kerjasama daripada pihak tuan untuk membuat liputan sempena program tersebut. Segala kerjasama serta jasa baik pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,wassalam.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Yang benar,


MUHAMMAD RADZI B KAMARUDIN
b/p Timbalan Pendaftaran
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn

Saturday, January 3, 2009

Anugerah Seni MAKUM'08


Majlis Anugerah Seni MAKUM'08

Puteri Pacific Hotel

Friday, January 2, 2009

Majlis Sambutan Maal Hijrah

ASSALAMUALAIKUM WBT

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Pusat Islam UTHM akan mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah yang bakal diadakan pada:

Tarikh : 2 hb Januari 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Kuliah 2
Penceramah : As-syeikh Ust. Mohd. Zamri b. Kambari,
Pegawai Tadbir Agama Daerah Batu Pahat (Qadhi Daerah).

Sehubungan dengan itu, Program Membudayakan Al-Quran di PTJ ditangguhkan untuk memberi laluan kepda majlis tersebut. Semua muslimin dan muslimat dipersilakan hadir. semoga kehadiran anda semua dirahmati dan diberkati Allah jua.

Haffizan b. Abd. Haffiz,
Pem. Hal Ehwal Islam,
Unit Masjid, Pejabat Pusat Islam,
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn,
Beg Berkunci 101, Parit Raja, 86400 Batu Pahat,
Johor Darul Taazim.