Monday, November 30, 2009

Program Ibadah Korban UTHM 2009

Program Ibadah Korban UTHM 2009

Tarikh : 30 November 2009 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi ~ 1.00 petang
Tempat : Parkir Bas UTHM

Friday, November 27, 2009

Korban 2009 di Parit Bengkok

UTHM korban 32 ekor ternakan


BATU PAHAT 27 Nov. - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila mengadakan majlis korban melibatkan 32 ekor haiwan ternakan sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, haiwan korban itu terdiri daripada 28 ekor lembu, dua kerbau dan dua ekor kambing.

Menurutnya, semua haiwan itu merupakan sumbangan 115 kakitangan termasuk pegawainya yang disalurkan menerusi Pusat Islam UTHM.

''Sebanyak 16 ekor lembu diagihkan ke 16 kampung di sekitar Parit Raja dan bakinya dikorbankan di Pusat Islam UTHM," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan 16 lembu korban kepada wakil 16 kampung di Kampung Parit Bengkok, Parit Raja di sini hari ini.

Menurut Mohd. Noh, langkah itu merupakan salah satu usaha pihaknya untuk meningkatkan lagi kerjasama antara UTHM dengan masyarakat setempat.

''Kami berhasrat meneruskan ibadat korban ini dari semasa ke semasa dengan membabitkan kakitangan dan pegawai UTHM," katanya.

Tempat : Surau As-Solihin
Tarikh : 27 November 2009
Masa : 8.00 pagi

Saturday, November 21, 2009

FESTIVAL KERONCONG MAKUM 2009

FESTIVAL KERONCONG MAKUM 2009

Tarikh : 21-24 Nov 2009

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM

Thursday, November 19, 2009

Majlis Syarahan Perdana Bil 2/2009


MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 2/2009


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (41) 18 November 2009


PEKELILING PENGURUSAN BIL. 41/2009


MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 2/2009


Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Syarahan Perdana Siri 1/2009 sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 20 November 2009 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)
Pemidato : YBhg. Prof. Dr. Abdul Aziz bin
Dato’ Abdul Samad
Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam
Sekitar, UTHM
Tajuk : “The Use of Industrialised Building Systems
in the Malaysian Construction Industry
(R&D Perspectives)”

3. Sehubungan dengan itu, semua staf akademik adalah diwajibkan hadir manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memeriahkan lagi program yang dianjurkan. Staf dikehendaki berpakaian rasmi bekerja/kebangsaan. Majlis ini akan diambilkira dalam jam latihan staf. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. /Tuan / Puan.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100



s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit



SH/rk/19112009/pekelilingpengurusan







ATURCARA
MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 2/2009
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL
**********************************************

9.45 pagi : Tetamu mengambil tempat

10.05 pagi : Perarakan masuk ahli Senat Universiti dengan diiringi muzik gamelan

Perarakan masuk Y. Bhg. Naib Canselor dan Pemidato Syarahan Perdana dengan diiringi oleh TNC (A), TNC (HEPA) dan Pendaftar

: Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Bangsa Johor

: Bacaan Doa

: Y. Bhg. Naib Canselor memperkenalkan Pemidato Syarahan Perdana

: Syarahan Perdana oleh Pemidato

: Y. Bhg. Naib Canselor memberi ulasan dan menutup majlis

: Penyampaian Sijil kepada Pemidato Syarahan Perdana

: Nyanyian Lagu Gemilang UTHM

: Perarakan Keluar

12.00 t/hari : Jamuan dan Bersurai





-
- Syarahan berkaitan hasil penyelidikan yang dijalankan kepada warga universiti dan orang awam

Tuesday, November 17, 2009

PEPERIKSAAN LISAN - NUR AZEERA BTE BADROLDIN

Y.Bhg.Prof Dato/Prof/Tuan/Puan

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

Nama Pelajar : NOR AZEERA BTE BADROLDIN
Program : SARJANA KEJURUTERAAN AWAM (MFA)
Tarikh : 17 NOVEMBER 2009 (SELASA)
Masa : 9.30 pagi (PEMBENTANGAN TERBUKA)
Tempat : DEWAN KULIAH 3 (DK3)
Pemeriksa Luar : Prof.Ir.Dr. Suhaimi bin Abdul Talib (UiTM)
Pemeriksa Dalam : Dr. Zawawi bin Daud
Pengerusi : Dr. Lokman Hakim bin Ismail

Y.Bhg.Prof.Dato/Prof/Tuan/Puan yang berminat dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof.Dato/Prof/Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.

Sekian terima kasih.

Friday, November 6, 2009

MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 1/2009


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (38) 3 November 2009

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 38/2009

MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 1/2009

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Syarahan Perdana Siri 1/2009 sebagaimana ketetapan berikut:


Tarikh : 6 November 2009 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : ewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)
Pemidato : YBhg. Prof. Dr. Mustafa Mat Deris
Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia, UTHM
Tajuk : “Computer System : How Good Am I?”

3. Sehubungan dengan itu, semua staf akademik adalah diwajibkan hadir manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memeriahkan lagi program yang dianjurkan. Staf dikehendaki berpakaian rasmi bekerja/kebangsaan. Majlis ini akan diambilkira dalam jam latihan staf. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. /Tuan / Puan.


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,
SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100

Tuesday, November 3, 2009

Majlis Perhimpunan Bulanan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (37) 29 Oktober 2009

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 37/2009

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
&
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Kaunter Khidmat Pelanggan pada minggu pertama setiap bulan (hari Selasa) mulai November 2009.

2. Pembukaan Kaunter Khidmat Pelanggan adalah bertujuan supaya staf dapat membuat pertanyaan bagi sebarang kemusykilan dan menyelesaikan sebarang masalah atau isu yang berkaitan dengan skop perkhidmatan yang disediakan. Untuk peringkat permulaan, Kaunter Khidmat Pelanggan ini akan dilaksanakan oleh Pejabat Pendaftar dan Pejabat Naib Canselor seperti ketentuan berikut:

Majlis Perhimpunan Bulanan

Tarikh : 3 November 2009 (Selasa)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Kawasan Parkir Masjid
Pakaian : Pakaian Sukan

Kaunter Khidmat Pelanggan

Tarikh : 3 November 2009 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dataran Anggerik

3. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah diwajibkan hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan untuk memberikan komitmen kepada setiap program yang diadakan dan berkunjung ke Kaunter Khidmat Pelanggan jika ada sebarang kemusykilan. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian Y. Bhg. Prof. /Tuan / Puan.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100

s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SH/rk/29102009/pekelilingpengurusan

ATURCARA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
DAN
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN


7.40 pagi : Ketibaan staf dan para pegawai Universiti

7.45 pagi : Senaman Aerobik

8.30 pagi Jamuan ringan

8.45 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi

-Nyanyian Lagu Negaraku

: Ucapan Amanat Bulanan oleh
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM

-Nyanyian Lagu UTHM

: Majlis Bersurai

9.30 pagi : Kaunter Khidmat Pelanggan dibuka

12.00 tengahari : Kaunter Khidmat Pelanggan ditutup