Tuesday, November 3, 2009

Majlis Perhimpunan Bulanan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (37) 29 Oktober 2009

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 37/2009

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
&
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Kaunter Khidmat Pelanggan pada minggu pertama setiap bulan (hari Selasa) mulai November 2009.

2. Pembukaan Kaunter Khidmat Pelanggan adalah bertujuan supaya staf dapat membuat pertanyaan bagi sebarang kemusykilan dan menyelesaikan sebarang masalah atau isu yang berkaitan dengan skop perkhidmatan yang disediakan. Untuk peringkat permulaan, Kaunter Khidmat Pelanggan ini akan dilaksanakan oleh Pejabat Pendaftar dan Pejabat Naib Canselor seperti ketentuan berikut:

Majlis Perhimpunan Bulanan

Tarikh : 3 November 2009 (Selasa)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Kawasan Parkir Masjid
Pakaian : Pakaian Sukan

Kaunter Khidmat Pelanggan

Tarikh : 3 November 2009 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dataran Anggerik

3. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah diwajibkan hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan untuk memberikan komitmen kepada setiap program yang diadakan dan berkunjung ke Kaunter Khidmat Pelanggan jika ada sebarang kemusykilan. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian Y. Bhg. Prof. /Tuan / Puan.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100

s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SH/rk/29102009/pekelilingpengurusan

ATURCARA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
DAN
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN


7.40 pagi : Ketibaan staf dan para pegawai Universiti

7.45 pagi : Senaman Aerobik

8.30 pagi Jamuan ringan

8.45 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi

-Nyanyian Lagu Negaraku

: Ucapan Amanat Bulanan oleh
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM

-Nyanyian Lagu UTHM

: Majlis Bersurai

9.30 pagi : Kaunter Khidmat Pelanggan dibuka

12.00 tengahari : Kaunter Khidmat Pelanggan ditutup

No comments: