Sunday, February 26, 2023

Taklimat Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan APEL

 




Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Prof. Datuk / YBhg. Prof. / Tuan / Puan,

 

JEMPUTAN TAKLIMAT PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) DAN APEL


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) akan mengadakan Taklimat Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan APEL kepada seluruh warga UTHM. 

 

3.     Sehubungan itu, YBhg. Prof. Datuk / YBhg. Prof. / Tuan / Puan adalah dijemput untuk menyertai program tersebut seperti ketetapan berikut

 

Tarikh          : 26 Februari 2023 (Ahad)

Masa           : 9.00 pagi 

Tempat        : Dewan Jemaah, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah

                      (Hadir secara fizikal: Dekan, Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa, Ketua PTj berkaitan dan Penyelaras PSH & APEL)

Platform      : Youtube UTHM TV (Warga UTHM)

Pautan        : https://www.youtube.com/@UTHMTV 

 

4.    Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. Datuk / YBhg. Prof. / Tuan / Puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sekian. 


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

 

Yang benar,

 

PROF. MADYA Ts. Dr. MUSLI BIN MOHAMMAD

Pengarah

Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


AGENDA

TAKLIMAT PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) DAN APEL

 

8.30pagi-9.00 pagi         : Ketibaan tetamu jemputan

9.15 pagi                       : Taklimat oleh Prof. Madya Ts. Dr. Musli bin Mohammad, Pengarah Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL

10.00 pagi                     : Taklimat oleh Puan Ts. Ida Aryanie binti Bahrudin, Ketua Jabatan APEL.A, Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL

10.45 pagi                     : Sesi soal jawab


Monday, February 20, 2023

Majlis Perasmian Serambi Ilmu Rakyat (S.I.R.) Corner dan Penyerahan Bantuan Awal Pengajian Bank Rakyat




 JEMPUTAN MENYERTAI MAJLIS PERASMIAN SERAMBI ILMU RAKYAT (S.I.R.) CORNER DAN PENYERAHAN BANTUAN AWAL PENGAJIAN BANK RAKYAT

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat, UTHM Prihatin, KSUTHM dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar akan mengadakan Majlis Perasmian Serambi Ilmu Rakyat (S.I.R.) Corner dan Penyerahan Bantuan Awal Pengajian Bank Rakyat yang akan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM. Selain itu, Program Bicara UTHM Prihatin Bil. 2/2023: "Kerana Sihat Adalah Nikmat" juga akan turut diadakan sebagai salah satu pengisian majlis yang akan diadakan sebagaimana butiran berikut:


Tarikh : 20 Februari 2023 (Isnin)

Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

Tempat : Pentas Utama, Aras 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM


Tajuk Program Bicara UTHM Prihatin Bil. 2/2023 : "Kerana Sihat Adalah Nikmat"

Penceramah: 

YBhg. Prof. Dr. Yusri bin Yusof, Ahli Lembaga Pengarah UTHM

YBrs. Prof. Madya Dr. Angzzas Sari binti Mohd Kassim, Prof. Madya, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, UTHM

Moderator:

YBrs. En. Abdul Wafi bin Abdul Rahman, Pensyarah, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM


3.         Sehubungan itu, YBhg. Prof./Tuan/Puan/Saudara/Saudari adalah dijemput untuk menyertai majlis ini. Sijil penyertaan akan disediakan dan kehadiran majlis ini akan diambil kira sebagai jam latihan/kursus staf. Semoga kehadiran semua akan memeriahkan lagi majlis ini. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


--

NORHASLINI BINTI ABD ALIM
Pustakawan Kanan
Bahagian Promosi dan Koleksi Khas
Perpustakaan Tunku Tun Aminah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
haslini@uthm.edu.my
07-4533312
WhatsApp PTTA: 07-4533318
Researcher ID / PUBLON: AAV-6273-2021

Orcid ID: 0000-0002-4276-4338 

Thursday, February 16, 2023

Program Jerayawara PTM - MICROSOFT 365


 


Program Jerayawara PTM - MICROSOFT 365

JEMPUTAN PROGRAM JERAYAWARA PTM - MICROSOFT 365

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Teknologi Maklumat (PTM) akan mengadakan Program Jerayawara PTM - MICROSOFT 365 kepada seluruh warga UTHM. Program ini adalah untuk memberi makluman dan pendedahan awal kemahiran asas menggunakan perkhidmatan Microsoft 365 dalam tugasan rasmi.

.

3.     Sehubungan itu, YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari, adalah dijemput untuk menyertai program tersebut yang akan dijalankan secara dalam talian melalui penstriman langsung Youtube UCITV pada 


Tarikh : 16 Februari 2023 | Khamis
Masa : (10.00 - 11.00 pagi) 
Tempat : Youtube Online di pautan https://bit.ly/PTM_Microsoft365 
 

4.     Kerjasama daripada pihak YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari amatlah diharapkan bagi menjayakan program ini.


Sekian, terima kasih.


"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA" 

 

Prof. Dr. Hj. Nazri bin Mohd Nawi 

Pengarah 

Pusat Teknologi Maklumat 

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 

07-453 7240 


Konvoi 30 Tahun UTHM Prihatin


 


Konvoi 30 Tahun UTHM Prihatin

Tarikh : 16 Feb 2023 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : PTTA


BERITA BAIK BAGI STAF PEMILIK NO PLAT UTHM!!!  KONVOI UTHM PRIHATIN YANG JULUNG KALI AKAN DIADAKAN.

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Wakaf dan Endowmen akan menganjurkan program Konvoi 30 Tahun UTHM Prihatin 2023 bersempena Ulangtahun UTHM yang ke 30. Objektif program ini adalah untuk mempromosikan Universiti dan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Menteri Besar Johor , Pejabat Speaker DUN Johor dan Stadium Sultan Ibrahim.

Sehubungan itu, YBhg. Prof/Dr/Tuan/Puan yang memiliki no plat kenderaan UTHM (selain motorsikal) adalah dipelawa untuk menyertai program konvoi ini. 

Sunday, February 12, 2023

Majlis Amanat Naib Canselor 2023 Big Stage, Aras 2, PTTA, UTHM


Majlis Amanat Naib Canselor 2023 

Tarikh : 12 Februari 2023 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Big Stage, Aras 2, PTTA, UTHM

Wednesday, February 8, 2023

Tips and Tricks for Erasmust+ CBHE Application



Tips and Tricks for Erasmust+ CBHE Application

By : Assoc. Prof. Dr Rosmini Omar Dean AHIBS UTM Tarikh : 8 Februari 2023 | Rabu Masa : 9.30 pagi Tempat : Bilik Persidangan RMC, UTHM

Tuesday, February 7, 2023

Majlis Menandatangani Memorandum of Agreement (MoA) antara UTHM dengan MZR Global Sdn. Bhd.




Majlis Menandatangani Memorandum of Agreement (MoA)
antara UTHM dengan MZR Global Sdn. Bhd.

Tarikh : 7 Feb 2023 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Jamuan Aras 5, PTTA


UTHMevents | 7 Februari 2023 | Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan MZR Global Sdn. Bhd. bertempat di Dewan Jamuan Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM kampus induk.
Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM mewakili pihak universiti bagi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Dr. Mohd Fauzi bin Shaffie, Pengerusi MZR Global Sdn. Bhd. yang turut disaksikan Encik Abdul Halim Abdul Rahman, Pendaftar UTHM dan Encik Abdullah Munzir Mohd Fauzi, Pengarah Urusan, MZR Global Sdn. Bhd.
Program anjuran Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) UTHM turut dihadiri Ts. Dr. Azizul Azhar Ramli, Dekan FSKTM, Ketua-Ketua Pusat Tanggungjawab dan pengurusan FSKTM serta delegasi dari MZR Global Sdn. Bhd.
MoA bersama MZR Global Sdn. Bhd. ini akan memberikan faedah kepada kedua-dua belah pihak seperti peluang penyelidikan bersama di antara staf dan industri, peluang latihan kepada staf dan pelajar, serta pemindahan teknologi dan ilmu terkini daripada industri ke kampus UTHM. MoA ini selaras dengan misi UTHM dalam menyediakan penyelesaian teknikal untuk keperluan industri dan komuniti berasaskan paradigma tauhid. Ia juga selari dengan sasaran hala tuju universiti yang baharu iaitu untuk menjadi sebuah Global Technopreneur University pada tahun 2030 (GTU 2030).

Monday, February 6, 2023

VC Talk Siri 2/2023 : Trust the Process



VC Talk Siri 2/2023 : Trust the Process

Bersama Yang Berhagia Naib Canselor Prof. Ir. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim 

Tarikh : 6 Februari 2023 | Isnin
Masa : 2.30 petang
Tempat : Al-Jazari PTTA UTHM

Wednesday, February 1, 2023

Sharing Session : Integriti dan Kebersamaan



Sharing Session : Integriti dan Kebersamaan

Bersama Yang Berhagia Naib Canselor Prof. Ir. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim Tarikh : 1 Februari 2023 | Rabu Masa : 2.30 petang Tempat : Kompleks Teknologi FKMP, Blok G2 UTHM