Sunday, February 26, 2023

Taklimat Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan APEL

 




Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Prof. Datuk / YBhg. Prof. / Tuan / Puan,

 

JEMPUTAN TAKLIMAT PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) DAN APEL


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) akan mengadakan Taklimat Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan APEL kepada seluruh warga UTHM. 

 

3.     Sehubungan itu, YBhg. Prof. Datuk / YBhg. Prof. / Tuan / Puan adalah dijemput untuk menyertai program tersebut seperti ketetapan berikut

 

Tarikh          : 26 Februari 2023 (Ahad)

Masa           : 9.00 pagi 

Tempat        : Dewan Jemaah, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah

                      (Hadir secara fizikal: Dekan, Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa, Ketua PTj berkaitan dan Penyelaras PSH & APEL)

Platform      : Youtube UTHM TV (Warga UTHM)

Pautan        : https://www.youtube.com/@UTHMTV 

 

4.    Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. Datuk / YBhg. Prof. / Tuan / Puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sekian. 


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

 

Yang benar,

 

PROF. MADYA Ts. Dr. MUSLI BIN MOHAMMAD

Pengarah

Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


AGENDA

TAKLIMAT PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) DAN APEL

 

8.30pagi-9.00 pagi         : Ketibaan tetamu jemputan

9.15 pagi                       : Taklimat oleh Prof. Madya Ts. Dr. Musli bin Mohammad, Pengarah Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL

10.00 pagi                     : Taklimat oleh Puan Ts. Ida Aryanie binti Bahrudin, Ketua Jabatan APEL.A, Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL

10.45 pagi                     : Sesi soal jawab


No comments: