Majlis Menandatangani Memorandum of Agreement (MoA)
antara UTHM dengan MZR Global Sdn. Bhd.
Tarikh : 7 Feb 2023 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Jamuan Aras 5, PTTA
UTHMevents | 7 Februari 2023 | Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan MZR Global Sdn. Bhd. bertempat di Dewan Jamuan Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM kampus induk.
Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM mewakili pihak universiti bagi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Dr. Mohd Fauzi bin Shaffie, Pengerusi MZR Global Sdn. Bhd. yang turut disaksikan Encik Abdul Halim Abdul Rahman, Pendaftar UTHM dan Encik Abdullah Munzir Mohd Fauzi, Pengarah Urusan, MZR Global Sdn. Bhd.
Program anjuran Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) UTHM turut dihadiri Ts. Dr. Azizul Azhar Ramli, Dekan FSKTM, Ketua-Ketua Pusat Tanggungjawab dan pengurusan FSKTM serta delegasi dari MZR Global Sdn. Bhd.
MoA bersama MZR Global Sdn. Bhd. ini akan memberikan faedah kepada kedua-dua belah pihak seperti peluang penyelidikan bersama di antara staf dan industri, peluang latihan kepada staf dan pelajar, serta pemindahan teknologi dan ilmu terkini daripada industri ke kampus UTHM. MoA ini selaras dengan misi UTHM dalam menyediakan penyelesaian teknikal untuk keperluan industri dan komuniti berasaskan paradigma tauhid. Ia juga selari dengan sasaran hala tuju universiti yang baharu iaitu untuk menjadi sebuah Global Technopreneur University pada tahun 2030 (GTU 2030).
No comments:
Post a Comment