Monday, February 20, 2023

Majlis Perasmian Serambi Ilmu Rakyat (S.I.R.) Corner dan Penyerahan Bantuan Awal Pengajian Bank Rakyat




 JEMPUTAN MENYERTAI MAJLIS PERASMIAN SERAMBI ILMU RAKYAT (S.I.R.) CORNER DAN PENYERAHAN BANTUAN AWAL PENGAJIAN BANK RAKYAT

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat, UTHM Prihatin, KSUTHM dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar akan mengadakan Majlis Perasmian Serambi Ilmu Rakyat (S.I.R.) Corner dan Penyerahan Bantuan Awal Pengajian Bank Rakyat yang akan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM. Selain itu, Program Bicara UTHM Prihatin Bil. 2/2023: "Kerana Sihat Adalah Nikmat" juga akan turut diadakan sebagai salah satu pengisian majlis yang akan diadakan sebagaimana butiran berikut:


Tarikh : 20 Februari 2023 (Isnin)

Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

Tempat : Pentas Utama, Aras 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM


Tajuk Program Bicara UTHM Prihatin Bil. 2/2023 : "Kerana Sihat Adalah Nikmat"

Penceramah: 

YBhg. Prof. Dr. Yusri bin Yusof, Ahli Lembaga Pengarah UTHM

YBrs. Prof. Madya Dr. Angzzas Sari binti Mohd Kassim, Prof. Madya, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, UTHM

Moderator:

YBrs. En. Abdul Wafi bin Abdul Rahman, Pensyarah, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM


3.         Sehubungan itu, YBhg. Prof./Tuan/Puan/Saudara/Saudari adalah dijemput untuk menyertai majlis ini. Sijil penyertaan akan disediakan dan kehadiran majlis ini akan diambil kira sebagai jam latihan/kursus staf. Semoga kehadiran semua akan memeriahkan lagi majlis ini. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


--

NORHASLINI BINTI ABD ALIM
Pustakawan Kanan
Bahagian Promosi dan Koleksi Khas
Perpustakaan Tunku Tun Aminah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
haslini@uthm.edu.my
07-4533312
WhatsApp PTTA: 07-4533318
Researcher ID / PUBLON: AAV-6273-2021

Orcid ID: 0000-0002-4276-4338 

No comments: