Wednesday, July 31, 2019

Lawatan Kerja UAD UniSZA ke UAD UTHM

Lawatan Kerja UAD UniSZA

Tarikh: 31 Julai 2019 (Rabu)
Masa : 8.30 am ~12.00 nn
Tempat : Bilik Mesyuarat UAD UTHM

Kursus Kecergasan Eksekutif 2019

Kursus Kecergasan Eksekutif 2019

Tarikh : 31 Julai hingga 01 Ogos 2019 
Masa : 0800 am ~ 11.00 pm
Tempat : PUMAS, Tanjung Laboh

Monday, July 29, 2019

Majlis Menandatangani MoU antara UTHM dan STMicroelectronics Sdn. Bhd

Majlis Menandatangani MoU antara UTHM dan STMicroelectronics Sdn. Bhd

JEMPUTAN KE MAJLIS MENANDATANGANI MoU ANTARA UTHM DAN STMICROELECTRONICS SDN BHD

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan, majlis menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) di antara UTHM dan STMicroelectronics Sdn. Bhd., merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kerjasama di antara universiti dengan pihak industri.

Berikut merupakan maklumat penganjuran majlis menandatangani MoU tersebut:

Tarikh: 29 Julai 2019 (Isnin)
Lokasi: Dewan Jamuan Perpustakaan Tunku Tun Aminah
Masa  : 2:30 petang hingga 4:30 petang

3.     Sehubungan itu, YBhg. Prof. Datuk / Prof. Dato’ / Prof / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan yang berminat dijemput hadir ke sesi tandatangan ini. Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof. Dato' / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih.

Sekian.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Siti Hajar Aminah Binti Ali
Dept of Communication Engineering,
Faculty of Electrical and Electronic Engineering,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Office: +6074531402
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Sunday, July 28, 2019

Upacara Pecah Tanah Wakaf Prasarana (Laluan Taman Universiti ke Masjid UTHM)

Assalamualaikum W.B.T

YBhg. Prof / Tuan / Puan,

UPACARA PECAH TANAH WAKAF PRASARANA (LALUAN TAMAN UNIVERSITI KE MASJID UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA)


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Endowmen dan Wakaf UTHM akan menjayakan Upacara Pecah Tanah Wakaf Prasarana (Laluan Taman Universiti ke Masjid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) Matlamat utama laluan alternatif ini dibina ialah untuk mengimarahkan Masjid UTHM dengan pelbagai aktiviti dan kehadiran jemaah dari masyarakat setempat dan warga Universiti yang dilaksanakan oleh Pusat Islam.


3.    Justeru itu, adalah dimaklumkan bahawa Upacara Pecah Tanah Wakaf Prasarana (Laluan Taman Universiti ke Masjid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Sehubungan itu, dengan segala hormatnya YBhg. Prof./ Tuan/ Puan, adalah dijemput hadir ke Upacara Pecah Tanah Wakaf Prasarana (Laluan Taman Universiti ke Masjid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)tersebut. Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh YBhg. Prof./ Tuan/ Puan dalam perkara ini adalah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
  
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar

PROF. SR. DR WAN ZAHARI WAN YUSOFF
Pengarah Pusat Endowmen dan Wakaf
Universiti Tun Hussein onn Malaysia
07-4538590

Majlis Refleksi Setengah Tahun Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2019

Majlis Refleksi Setengah Tahun Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2019


MAJLIS REFLEKSI SETENGAH TAHUN PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) UTHM BAGI TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan Pejabat Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Perhubungan Korporat) akan menganjurkan Majlis Refleksi Setengah Tahun Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bagi tahun 2019.  Butiran majlis seperti berikut:

                       Tarikh         :      28 Julai 2019 (Hari Ahad)
                       Masa           :      Jam 8:30 pagi -11.40 tengah hari 
                       Tempat       :      Dewan Sultan Ibrahim (DSI)

3.         Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan,untuk sama-sama menghadiri majlis tersebut.  Kehadiran ke majlis ini akan direkodkan melalui sistem QR Code.  Oleh itu,  semua staf adalah dimestikan merakam kehadiran ke majlis tersebut untuk dimasukkan dalam keperluan jam latihan / kursus.

4.         Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Disediakan oleh:
B/P

Pejabat Penolong Naib Canselor
Perancangan Strategik & Perhubungan Korporat
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Telefon: 07 - 453 7445/7402/7856/7031   
 Faks: 07 - 453 6580   
 Emel: pncpspk@uthm.edu.my

Thursday, July 25, 2019

Pengajian Pondok Universiti 25 Julai 2019

🕋🕋MEMO PONDOK UNIVERSITI UTHM🕋🕋

Insya Allah Program Pondok Universiti UTHM pada hari ini akan diteruskan seperti biasa.

Penceramah : Al Fadhil Kiyai Haji Suhaili bin Solihin

Kitab Tafsir Al Quran

Tarikh : 25/07/2019 (Khamis)

Masa : 2.30 - 4.00 petang
Tempat : Dewan Seminar Al-Farabi, Masjid Sultan Ibrahim UTHM

Semoga kita semua diberi kelapangan waktu, keazaman yang kuat dan kesempatan untuk hadir ke  siri majlis-majlis ilmu yang diadakan. Amiin

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Thursday, July 18, 2019

Pengajian Pondok Universiti 30 Mei 2019

Assalamualaikum wrkth. Insya Allah kelas pengajian Pondok Universiti UTHM pada hari ini akan diteruskan.


Penceramah : Al Fadhil Syeikh Abu Zaki bin Yusuf As Singgafuri Al Hadrami

Kitab: Adab Sulukil Murid

Tarikh: 18 Julai 2019 (Khamis)

Masa : 2.30-4.30 ptg
Tempat : Dewan Al Farabi, Masjid Sultan Ibrahim, UTHM

Semoga kita direzekikan untuk hadir ke majlis ilmu yang penuh dgn rahmat dan keberkatan. Aamiin

Wednesday, July 17, 2019

Pertandingan Robotic Kebangsaan (NRC) 2019


 "National Robotic Competition (NRC) 2019"
Anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat & Sasbadi Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama FKEE UTHM

Tarikh : 17 & 18 Julai 2019
Tempat : Dewan Peperiksan F2

Tuesday, July 16, 2019

Siri Webinar UTHM: Jom Buat Infografik Cara Mudah

Siri Webinar UTHM: Jom Buat Infografik Cara Mudah



Tarikh : 16 Julai 2019 (Selasa)
Masa : 10.00 am~11.00 am
Tempat : Online
rakaman di Studio UCiTV

Monday, July 15, 2019

Kursus Falak “Fenomena Akhir Zaman : Dari Kacamata Falak Syar’ie”


Tuan/Puan,

KURSUS FALAK “FENOMENA AKHIR ZAMAN : DARI KACAMATA FALAK SYAR’IE” ANJURAN PUSAT ISLAM DAN JAWATANKUASA MASJID SULTAN IBRAHIM UTHM

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

  1.  Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Sultan Ibrahim UTHM, akan menganjurkan Kursus Falak “Fenomena Akhir Zaman : Dari Kacamata Falak Syar’ie” seperti ketetapan berikut :

                            Tarikh                         : 15 Julai 2019 (Isnin)
                            Masa                           : 8.00 pagi – 5.300 petang
                            Tempat                       : Dewan Al-Farabi, Masjid Sultan Ibrahim UTHM
                            Penceramah              : Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak

 3.        Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan adalah terpilih sebagai PESERTA bagi program tersebut.. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Ustazah Nor Fariza binti Mohd Shah di talian 07-4533497. Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan amatlah dihargai serta diucapkan jutaan terima kasih.


* Sila bawa nota seperti di lampiran untuk rujukan semasa kursus

Sekian.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


MOHD LOTFI BIN SOLIHAN
Pengarah
Pusat Islam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
07-4533351

Thursday, July 11, 2019

CEO Talk, Financial Freedom, How To Retire At The Age Of 50?

CEO Talk, Financial Freedom, How To Retire At The Age Of 50?

Tarikh : 11 Julai 2019 (Khamis)
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Dewan Jemaah, Aras 5, PTTA

Flight Logger Training

Flight Logger Training

Tarikh : 11 julai 2019 (Khamis)
Masa : 8.00 am ~ 5.00 pm
Tempat : Bilik Tutorial 3, PTTA (Aerodinamik)

Munaqasah Ilmu Bil 3 Pengurusan Wakaf IPT wilayah selatan


PROGRAM MUNAQASYAH ILMU: PENGURUSAN WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN (WILAYAH SELATAN)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Endowmen dan Wakaf UTHM akan menjayakan program Munaqasyah Ilmu: Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan (Wilayah Selatan) dengan tajaan sepenuhnya oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).  Untuk maklumkan YBhg. Prof./ Tuan/ Puan program ini akan melibatkan Universiti Awam dan Swasta, Sekolah di sekitar Batu Pahat, Pengusaha Tahfiz seluruh Johor, MAINJ dan juga penduduk setempat di Daerah Batu Pahat.  

3.    Justeru itu, adalah dimaklumkan bahawa Program Munaqasyah Ilmu: Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan (Wilayah Selatan)akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Julai 2019 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi ~ 1.00 ptg
Tempat : Dewan Kuliah 2

Sehubungan itu, dengan segala hormatnya YBhg. Prof./ Tuan/ Puan, adalah dijemput hadir ke seminar tersebut. Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh YBhg. Prof./ Tuan/ Puan dalam perkara ini adalah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar

PROF. SR. DR WAN ZAHARI WAN YUSOFF
Pengarah Pusat Endowmen dan Wakaf
Universiti Tun Hussein onn Malaysia
07-4538590

Thursday, July 4, 2019

Majlis Haul Imam Al-Haddad ke-308 2019



Assalamualaikum WBT, kami berbesar hati menjemput Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Muslimin dan Muslimat ke;

Majlis Haul Imam Al-Haddad ke-308.

Tarikh: 4 Julai 2019 (Khamis)
Masa: 6.00 pm - 10.30 pm
Tempat: Masjid Sultan Ibrahim, UTHM

يَا رَبِّ يَاعَالِمَ اْلحَالْ اِلَيْكَ وَجَّهْتُ اْلاَمَالْ
فَامْنُنْ عَلَيْنَا بِاْلاِقْبَالْ وَكُنْ لَنَا وَاصْلِحِ اْلبَالْ

"Wahai Tuhan, wahai Dzat yang Maha Mengetahui segala keadaan, hanya kepada-Mu, aku ajukan harapan-harapanku, maka terimalah harapan-harapan kami, dan jadilah Engkau sebaik-baik pelindung kami, dan perbaikilah hati kami."

- Potongan bait syair Al Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad.

Wednesday, July 3, 2019

Sesi perkongsian Sistem pengurusan giliran konvokesyen UTHM bersama Universiti Awam

Sesi perkongsian Sistem pengurusan giliran konvokesyen UTHM bersama Universiti Awam

Tarikh : 3 Julai 2019 (Rabu)
Masa : 8.00 am ~ 12.30 tgh
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim