Thursday, July 11, 2019

Munaqasah Ilmu Bil 3 Pengurusan Wakaf IPT wilayah selatan


PROGRAM MUNAQASYAH ILMU: PENGURUSAN WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN (WILAYAH SELATAN)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Endowmen dan Wakaf UTHM akan menjayakan program Munaqasyah Ilmu: Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan (Wilayah Selatan) dengan tajaan sepenuhnya oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).  Untuk maklumkan YBhg. Prof./ Tuan/ Puan program ini akan melibatkan Universiti Awam dan Swasta, Sekolah di sekitar Batu Pahat, Pengusaha Tahfiz seluruh Johor, MAINJ dan juga penduduk setempat di Daerah Batu Pahat.  

3.    Justeru itu, adalah dimaklumkan bahawa Program Munaqasyah Ilmu: Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan (Wilayah Selatan)akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Julai 2019 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi ~ 1.00 ptg
Tempat : Dewan Kuliah 2

Sehubungan itu, dengan segala hormatnya YBhg. Prof./ Tuan/ Puan, adalah dijemput hadir ke seminar tersebut. Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh YBhg. Prof./ Tuan/ Puan dalam perkara ini adalah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar

PROF. SR. DR WAN ZAHARI WAN YUSOFF
Pengarah Pusat Endowmen dan Wakaf
Universiti Tun Hussein onn Malaysia
07-4538590

No comments: