Sunday, July 28, 2019

Upacara Pecah Tanah Wakaf Prasarana (Laluan Taman Universiti ke Masjid UTHM)

Assalamualaikum W.B.T

YBhg. Prof / Tuan / Puan,

UPACARA PECAH TANAH WAKAF PRASARANA (LALUAN TAMAN UNIVERSITI KE MASJID UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA)


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Endowmen dan Wakaf UTHM akan menjayakan Upacara Pecah Tanah Wakaf Prasarana (Laluan Taman Universiti ke Masjid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) Matlamat utama laluan alternatif ini dibina ialah untuk mengimarahkan Masjid UTHM dengan pelbagai aktiviti dan kehadiran jemaah dari masyarakat setempat dan warga Universiti yang dilaksanakan oleh Pusat Islam.


3.    Justeru itu, adalah dimaklumkan bahawa Upacara Pecah Tanah Wakaf Prasarana (Laluan Taman Universiti ke Masjid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Sehubungan itu, dengan segala hormatnya YBhg. Prof./ Tuan/ Puan, adalah dijemput hadir ke Upacara Pecah Tanah Wakaf Prasarana (Laluan Taman Universiti ke Masjid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)tersebut. Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh YBhg. Prof./ Tuan/ Puan dalam perkara ini adalah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
  
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar

PROF. SR. DR WAN ZAHARI WAN YUSOFF
Pengarah Pusat Endowmen dan Wakaf
Universiti Tun Hussein onn Malaysia
07-4538590

No comments: