Sunday, July 28, 2019

Majlis Refleksi Setengah Tahun Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2019

Majlis Refleksi Setengah Tahun Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2019


MAJLIS REFLEKSI SETENGAH TAHUN PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) UTHM BAGI TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan Pejabat Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Perhubungan Korporat) akan menganjurkan Majlis Refleksi Setengah Tahun Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bagi tahun 2019.  Butiran majlis seperti berikut:

                       Tarikh         :      28 Julai 2019 (Hari Ahad)
                       Masa           :      Jam 8:30 pagi -11.40 tengah hari 
                       Tempat       :      Dewan Sultan Ibrahim (DSI)

3.         Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan,untuk sama-sama menghadiri majlis tersebut.  Kehadiran ke majlis ini akan direkodkan melalui sistem QR Code.  Oleh itu,  semua staf adalah dimestikan merakam kehadiran ke majlis tersebut untuk dimasukkan dalam keperluan jam latihan / kursus.

4.         Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Disediakan oleh:
B/P

Pejabat Penolong Naib Canselor
Perancangan Strategik & Perhubungan Korporat
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Telefon: 07 - 453 7445/7402/7856/7031   
 Faks: 07 - 453 6580   
 Emel: pncpspk@uthm.edu.my

No comments: