Saturday, December 27, 2008

Lawatan Rasmi Delegasi daripada Universitas Syiah Kuala, Banda Acheh, Indonesia

Lawatan Rasmi Delegasi daripada Universitas Syiah Kuala, Banda Acheh, Indonesia

Tarikh : 27 Disember 2008
Masa : 8.00~5.00 PM
Tempat : Bilik Seminar 1, Kompleks FKEE

Anjuran PEKA

Tuesday, December 23, 2008

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 dan Anugerah Jasa Bakti 2008

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



UTHM/PP/100-6/3 (66) 11 Disember 2008



PEKELILING PENGURUSAN BIL. 66/2008



MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2007

DAN

ANUGERAH JASA BAKTI 2008



Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan mengadakan majlis di atas seperti butiran berikut:



Tarikh : 23 Disember, 2008 (Selasa)

Masa : 08.30 pagi

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)



2. Semua staf diwajibkan hadir ke majlis yang diadakan tersebut dengan pakaian pejabat (staf wanita dikehendaki memakai baju kebangsaan). Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Semua Dekan /Pengarah /Pengurus /Ketua Pusat /Bahagian/ Unit diminta untuk mempastikan semua staf hadir ke majlis yang diadakan.



3. Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus. Perkhidmatan bas disediakan untuk staf di Kampus Bandar.



4. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara untuk rujukan Y. Bhg. Prof. Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan.



Sekian. Terima Kasih.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar,





SULAM BIN HAMID

Pendaftar

' 7100



s.k - Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

SH/rk/11122008/PekelilingPengurusan




- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

Wednesday, December 17, 2008

Majlis Perasmian Program Selangkah Ke Menara Gading

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



UTHM/PP/100-6/3 (65) 11 Disember 2008



PEKELILING PENGURUSAN BIL. 65/2008



MAJLIS PERASMIAN

PROGRAM SELANGKAH KE MENARA GADING



Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan mengadakan Program Selangkah Ke Menara Gading pada ketetapan berikut:-



Tarikh : 17 Disember 2008 ((Rabu)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail



2. Semua staf diwajibkan hadir ke majlis yang diadakan tersebut. Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di pintu masuk Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Semua Dekan /Pengarah /Pengurus /Ketua Pusat /Bahagian/ Unit diminta untuk mempastikan semua staf hadir ke majlis yang diadakan. Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus.



3. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara untuk rujukan Y. Bhg. Prof. /Tuan / Puan.



Sekian, terima kasih.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar,





SULAM BIN HAMID

Pendaftar

' 7100



s.k - Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit



SH/rk/11122008/PekelilingPengurusan

Saturday, December 13, 2008

Seminar Kebangsaan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru 2008

Seminar Kebangsaan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru 2008 (JPPG 2008)

Tarikh : 13~15 Disember 2008
Masa : 8.00 AM ~ 5.00 PM
Tempat :Bayview Hotel, Langkawi, Malaysia