Tuesday, December 23, 2008

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 dan Anugerah Jasa Bakti 2008

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



UTHM/PP/100-6/3 (66) 11 Disember 2008



PEKELILING PENGURUSAN BIL. 66/2008



MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2007

DAN

ANUGERAH JASA BAKTI 2008



Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan mengadakan majlis di atas seperti butiran berikut:



Tarikh : 23 Disember, 2008 (Selasa)

Masa : 08.30 pagi

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)



2. Semua staf diwajibkan hadir ke majlis yang diadakan tersebut dengan pakaian pejabat (staf wanita dikehendaki memakai baju kebangsaan). Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Semua Dekan /Pengarah /Pengurus /Ketua Pusat /Bahagian/ Unit diminta untuk mempastikan semua staf hadir ke majlis yang diadakan.



3. Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus. Perkhidmatan bas disediakan untuk staf di Kampus Bandar.



4. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara untuk rujukan Y. Bhg. Prof. Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan.



Sekian. Terima Kasih.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar,





SULAM BIN HAMID

Pendaftar

' 7100



s.k - Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

SH/rk/11122008/PekelilingPengurusan




- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

No comments: