Saturday, June 28, 2008

Majlis Makan Malam Rejimental PALAPES UTHM 2008

Tuan/Puan,

PERLANTIKAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL PALAPES UTHM 2008

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sekacita dimaklumkan bahawa Majlis Makan Malam Rejimental Palapes akan diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 28 Jun 2008
Masa : 8.00 malam
Tempat : Persada Convention Centre, Johor Bahru.

3. Sehubungan dengan itu, pihak UCiTV telah bersetuju melantik tuan/puan terlibat membuat liputan sepanjang majlis berlangsung. Pihak UCiTV mengucapkan tahniah diatas perlantikan tersebut. Pihak tuan/puan diharap dapat membuat persediaan beberapa jam sebelum majlis berlangsung.

4. Diharapkan perkara tersebut dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya. Kerjasama yang diberikan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA"

Yang benar

MOHD NOR BIN IHKASAN
Ketua
Unit UCiTV

Thursday, June 19, 2008

Pertandingn Projek Diploma Kejuruteraan Awam 2008

Pertandingn Projek Diploma Kejuruteraan Awam 2008 (PRODIKA2008)

Tarikh : 19-20 Jun 2008 (Khamis ~ Jumaat)
Masa : 8.30 PM - 5.00 PM
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail

Saturday, June 14, 2008

Majlis Pelancaran Program Education Exploration '08

Tuan,

PERLANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA UNTUK MAJLIS PELANCARAN PROGRAM EDUCATION EXPLORATION '08

Dengan segala hormatnya saya di arahkan merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, pihak PEKA akan menganjurkan majlis pelancaran program Education Exploration 08 yang akan diadakan di Dewan Jamuan 1, pada hari Sabtu 14 Jun 2008 bermula 9.45 pagi.

3. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak tuan untuk melantik wakil dari unit tuan bagi membuat liputan, rakaman dan sesi fotografi sepanjang majlis berlangsung (dilampirkan tentatif program).

Semoga mendapat kerjasama dari pihak tuan dan segala komitment yang diberikan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA"

Yang benar,

MAHADI BIN SIBON
Pegawai Hubungan Industri
Pusat Perhubungan Korporat & Antarabangsa

Friday, June 6, 2008

Pekeliling Bil.29/2008 (Majlis Wacana Ilmu Bil 2/2008)

Y. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan,

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 (29) Mei 2008

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 29/2008

MAJLIS WACANA ILMU BIL 2/2008

Sukacita dimaklumkan Pejabat Pengurusan Kualiti dan Perancangan Korporat akan mengadakan program di atas sebagaimana butiran berikut :

Tarikh : 6 Jun 2008 (Jumaat)

Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail

Penceramah : Dato’ Ir. Wahab Suhaili

Group Executive Chairman

Carbon Capital Corporation Sdn. Bhd.

Petaling Jaya.

Tajuk Ceramah : Pemanasan Global

“Kemusnahan Dunia – Apakah Peranan Pokok Jarak Mampu Dalam Menyelesaikannya?’’

2. Sehubungan dengan itu, semua staf dijemput hadir. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara majlis untuk makluman semua.

Harap maklum. Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

SULAM BIN HAMID

Pendaftar

' 7100

s.k - Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

- Dekan-Dekan Fakulti

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

Wednesday, June 4, 2008

Rakaman Video Pembenterasan Jenayah

Tuan/Puan

PERLANTIKAN MEMBUAT RAKAMAN VIDEO PEMBENTERASAN JENAYAH IPD BATU PAHAT, JOHOR

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat akan menerbitkan Video Pembenterasan Jenayah IPD pada butiran yang berikut:-

Tarikh : 4 hingga 5 Jun 2008 (Rabu dan Khamis)
Tempat : Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, Johor

3. Sehubungan dengan itu, pihak UCiTV telah bersetuju untuk melantik tuan/puan untuk terlibat dalam membuat rakaman video tersebut. Bersama-sama ini turut dilampirkan jadual penggambaran video tersebut.

4. Diharap perkara tersebut dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya. Kerjasama yang diberikan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian.

"DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA"

Yang benar,

MOHD NOR BIN IHKASAN
Ketua
Unit UCiTV

Bengkel Perdana Science Fund

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPI) menganjurkan Bengkel Perdana Science Fund.

TArikh: 4 & 5 Jun 2008 (Rabu & Khamis)
Masa : 8.00 am- 5.00 pm
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail