Wednesday, June 4, 2008

Rakaman Video Pembenterasan Jenayah

Tuan/Puan

PERLANTIKAN MEMBUAT RAKAMAN VIDEO PEMBENTERASAN JENAYAH IPD BATU PAHAT, JOHOR

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat akan menerbitkan Video Pembenterasan Jenayah IPD pada butiran yang berikut:-

Tarikh : 4 hingga 5 Jun 2008 (Rabu dan Khamis)
Tempat : Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, Johor

3. Sehubungan dengan itu, pihak UCiTV telah bersetuju untuk melantik tuan/puan untuk terlibat dalam membuat rakaman video tersebut. Bersama-sama ini turut dilampirkan jadual penggambaran video tersebut.

4. Diharap perkara tersebut dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya. Kerjasama yang diberikan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian.

"DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA"

Yang benar,

MOHD NOR BIN IHKASAN
Ketua
Unit UCiTV

No comments: