Thursday, August 30, 2012

Program Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia Tahun 2012 (UTHM)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 2 ( 53 )                                                   13 Ogos 2012

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 45 TAHUN 2012
_____________________________


PROGRAM SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN IBU SEDUNIA
TAHUN 2012
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti dengan kerjasama Hospital Pantai Batu Pahat akan menganjurkan Program Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia Tahun 2012 peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sepertimana ketetapan berikut :

                   Tarikh          :        30 Ogos 2012 (Khamis)
                   Masa           :        8.00 pagi hingga 5.00 petang
                   Tempat        :        Dewan Utama (UTHM)

2.       Program ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3.            Sehubungan dengan itu, semua staf universiti adalah dipersilakan hadir bagi memperoleh informasi dan menjayakan serta memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh universiti.

4.       Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


Yang benar


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' : 07-4537100


s.k.    -        YBhg. Dato’ Naib Canselor
          -        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
-        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-        Penolong-Penolong Naib Canselor
-        Dekan-Dekan Fakulti
-        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit



SH/myh/09.08.2012/Pekeliling Am UTHM





TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN IBU SEDUNIA
TAHUN 2012
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

30 OGOS 2012
DEWAN UTAMA (UTHM)


8.00 pagi              :        Pendaftaran Peserta
                             :        Ketibaan Tetamu Jemputan

8.30 pagi              :        Bacaan Doa

9.00 pagi              :        Persembahan Tarian Zapin

9.15 pagi              :        Ucapan Aluan
oleh Pengarah Pusat Kesihatan Universiti

Ucapan Aluan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pantai Holding Berhad - En. Aminudin bin Dawam

Ucapan Perasmian Program Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2012 oleh YBhg. Prof. Datin Dr. Maryati bt. Mohamad

10.00 pagi            :        Pertandingan Persembahan Kreatif

11.00 pagi            :        Forum Penyusuan Ibu

12.00 tgh              :        Pertandingan Persembahan Kreatif

12.50 tgh              :        Cabutan Bertuah

1.00 ptg                :        Makan Tengahari

2.00 ptg                :        Pertunjukan Fesyen

3.00 ptg                :        Cabutan Bertuah

3.15 ptg                :        Penyampaian Hadiah

4.30 ptg                :        Minum Petang
                                      Bersurai

Tuesday, August 28, 2012

Kolokium Jalinan Bestari


Kolokium Jalinan Bestari
anjuran bersama
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia, UTHM
& Majlis Guru-guru Kaunseling Kebangsaan (Rendah), Kluang

Tarikh : 28 Ogos 2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Jamuan 3&5

Tuesday, August 14, 2012

Majlis Iftar Ramadan 2012

Majlis Iftar Ramadan Majlis Agama Islam Johor Bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) :
Tarikh : 14 Ogos 2012 (Selasa)
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

Contact Info:
Encik Zainudin Samidun 07-4533496

Saturday, August 11, 2012

Majlis Berbuka Puasa 2012 Parlimen Pagoh

Majlis Berbuka Puasa 2012 Parlimen Pagoh

Tarikh : 11 Ogos 2012 (Sabtu)
Masa: 6.45 petang
Tempat: Dewan Seri PEKEMBAR, Pagoh, Muar, Johor


Contact Info:
En. Haizal bin Ahmad @ Mohamad Pejabat Hubungan Universiti Dan Masyarakat Tel: 07-453 7148

Aturcara
Majlis Berbuka Puasa Parlimen Pagoh
Sabtu 11 Ogos 2012
Kompleks Seri Pekembar Pagoh


2.30 petang : Ketibaan Tetamu jemputan

3.00 petang : Majlis Tadarus Al-Quran
Dewan Seri Pekembar

4.30 petang : Ketibaan Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd. Yassin
Tim.Perdana Menteri Malaysia

: Solat Asar

: Majlis Khatam Al-Quran

: Ucapan Y.A.B Tim.Perdana Menteri Malaysia


: Penyampaian sumbangan
  • sesi bersama anak-anak yatim diiringi Dato’ Naib Canselor
  • sesi bersama warga kurang bernasib baik

: Tazkirah bersama Dato’ Mufti Johor

: Berbuka puasa ringan dan solat Maghrib

: Jamuan

Bersurai



Jumlah jemputan :
  1. Pegawai Kanan Universiti : 26 orang
  2. Pegawai Universiti : 20 orang
  3. Pelajar Universiti : 30 orang
  4. Pelajar Universiti asal Pagoh : 15 orang
  5. Pelajar Antarabangsa : 40 orang
  6. Petugas : 15 orang
  7. Pelajar Sekolah Rendah : 40 orang
  8. Pelajar menerima sumbangan
Dari TPM : 4 orang

Wednesday, August 8, 2012

Majlis Berbuka Puasa Setitis Syahdu Ramadan

Majlis Berbuka Puasa Setitis Syahdu Ramadan
Tarikh : 8 Ogos 2012 (Rabu)
Masa : 6.00 petang
Tempat : Masjid UTHM

Tuesday, August 7, 2012

Majlis Khatam dan Nuzul al Quran peringkat universiti 1433 Hijrah

Assalamualaikum

Y. Bhg. Prof/Tuan/ Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam dengan kerjasama KSKUiTTHO dan PENTAS Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan Majlis Nuzul dan Khatam Al-Quran 1433H/2012M peringkat UTHM iaitu seperti butiran berikut :

Tarikh                 :        07 Ogos 2012
Masa                  :        8.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat               :        Masjid, UTHM
Penceramah     :       Yang Amat Arif Hj Amir bin Danuri
                                  Ketua Hakim Syarie Negeri Johor

Kehadiran ke program ini akan direkod dan diambilkira dalam jam latihan kursus. Sekian, terima kasih.



Ustaz Kamal Izhar bin Kamarul Zaman
Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam
Pusat Islam
07-4533495


ATURCARA MAJLIS NUZUL DAN KHATAM AL-QURAN
1433H/2012M PERINGKAT UTHM
PADA 07 OGOS 2012 BERTEMPAT DI MASJID UTHM



8.30 pagi - Kehadiran staf, Peserta Pentadarus Al-Quran dan
Pegawai Kanan Universiti

8.45 pagi - Kehadiran Naib Canselor

9.00 pagi - Tadarus Al-Quran mengikut kumpulan/ khatam Al-Quran

10.00 pagi - Ceramah Nuzul Al-Quran
oleh : Yg.Bhg. Sahibuh Samahah al Fadhil Ust. Hj. Yahya bin Ahmad (Timbalan Mufti Johor)

11.00 pagi - Penyampaian cenderahati kepada Pentadarus Al-Quran

11.30 pagi - Bersurai