Tuesday, November 30, 2010

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009




UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA





UTHM/PP/100-6/3 JLD. 10 (66) 25 November 2010





PEKELILING PENGURUSAN BIL. 66/2010



MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2009

DAN

ANUGERAH JASA BAKTI 10 TAHUN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan mengadakan majlis di atas seperti butiran berikut:



Tarikh : 30 November 2010 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)



2. Semua staf diwajibkan hadir ke majlis yang diadakan tersebut dengan pakaian pejabat (staf wanita dikehendaki memakai baju kebangsaan, manakala staf lelaki hendaklah berpakaian kemas). Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Semua Dekan /Pengarah /Pengurus /Ketua Pusat /Bahagian/ Unit diminta untuk memastikan semua staf hadir ke majlis yang diadakan.



3. Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus. Perkhidmatan bas disediakan untuk staf di Kampus Bandar.



4. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara untuk rujukan YBhg. Prof. Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan.



Sekian. Terima Kasih.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar,





SULAM B HAMID

Pendaftar

7100







s.k - YBhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

- Penolong-Penolong Naib Canselor

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit







SH/fs/251110/pekelilingpengurusan





______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Aturcara
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009
&
Anugerah Jasa Bakti 10 Tahun



8.00 pagi : Ketibaan Staf dan Tetamu Jemputan



8.30 pagi : Ketibaan Yang Berbahagia

Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin

Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia



9.00 pagi : Majlis Bermula



: Nyanyian Lagu “Negaraku” dan “Gemilang UTHM”



: Bacaan Doa



: Ucapan Yang Berbahagia

Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia



: Majlis Penyampaian Anugerah oleh

Yang Berbahagia Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd. Kasim



· Anugerah Sukan



: Majlis Penyampaian Anugerah oleh

Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdul Aziz bin Dato’ Abdul Samad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)



· Anugerah 5S

· Anugerah Khas Cuti Belajar

· Anugerah Penyelidik Universiti

· Anugerah Inovasi Universiti



: Majlis Penyampaian Anugerah oleh

Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin

Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia



· Anugerah Penerbitan Universiti 2010

· Anugerah Jasa Bakti 10 Tahun

· Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

· Pelancaran Buku



: Sesi Bergambar



: Jamuan Makan Tengahari



· Pegawai-pegawai Kanan Universiti dan Penerima Anugerah di Dewan Terbuka

· Staf-staf Universiti di Dataran Anggerik



: Bersurai

Monday, November 29, 2010

Post Graduate Seminar 2010


1st Seminar on Academic Research UTHM 2010


Date: 29 - 30 November 2010

Venue: Library, UTHM

Organized by: Graduate Student Association

Thursday, November 25, 2010

Seminar Memperkasa Pembangunan Keluarga Cemerlang


Pendaftar
Bendahari
Ketua Pustakawan
Penolong Naib Canselor (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan)
Penolong Naib Canselor(Hubungan Industri dan Masyarakat)
Dekan Pusat Pengajian Siswazah
Dekan Pusat Pengajian Diploma
Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar
Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan
Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Dekan Fakulti Pengurusan Teknologi, Keusahawanan dan Perniagaan
Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal
Dekan Fakulti Teknologi Maklumat & Multimedia
Dekan Fakulti Sains, Sastera dan Warisan
Pengarah Pejabat Pembangunan & Pengurusan Hartabina
Pengurus Pusat Teknologi Maklumat
Pengarah Pusat Kesihatan Universiti
Pengarah Pusat Ko-Kurikulum, Sukan & Kebudayaan
Pengarah Pejabat Antarabangsa
Ketua Pejabat Hubungan Universiti dan Industri
Timbalan Pendaftar Kanan (Pejabat Naib Canselor)
Timbalan Pendaftar (Pejabat Hal Ehwal Pelajar)
Timbalan Pendaftar Kanan ( Pejabat Pengurusan Akademik )
Ketua Penerbit
Ketua Unit Audit Dalaman
Ketua Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni
Ketua Unit UCiTV
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

MOHON PELEPASAN STAF UNTUK MENYERTAI PROGRAM “SEMINAR MEMPERKASA PEMBANGUNAN KELUARGA CEMERLANG” DI UTHM

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Hal Ehwal Wanita dan Pembangunan Keluarga Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Daerah Batu Pahat akan menganjurkan program “Seminar Memperkasa Pembangunan Keluarga Cemerlang” iaitu seperti butiran berikut.

Tarikh : 25 November 2010
Masa : 8.00 pagi ~ 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Kuliah 2, UTHM


3. Sehubungan dengan itu, staf di bawah seliaan Yg. Bhg. Prof/ Tuan/ Puan, telah mendaftarkan diri untuk menyertai seminar anjuran pihak kami. Dipohonkan kerjasama Yg. Bhg. Prof/ Tuan/ Puan, agar dapat memberi pelepasan tugas kepada mereka yang terlibat iaitu seperti nama-nama yang dilampirkan.

Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan amat kami hargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,



PROF. MADYA DR. SYED MUHAMMAD DAWILAH AL-EDRUS
Pengarah Pusat Islam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Majlis Syarahan Perdana Bil. 8/2010


Majlis Syarahan Perdana Bil. 8/2010





UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA





UTHM/PP/100-6/3 Jld 10 (64) 16 November 2010





PEKELILING PENGURUSAN BIL. 64/2010



MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 8/2010





Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Syarahan Perdana Siri 8/2010 sebagaimana ketetapan berikut:



Tarikh : 25 November 2010 (Khamis)

Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)

Pemidato : YBhg. Profesor Ir. Dr. Saparudin bin Ariffin

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

Tajuk : “Universal Modeling and Simulation in Handling

the Growing Complexity of Manufacturing Systems

Environment "



3. Sehubungan dengan itu, semua staf akademik adalah diwajibkan hadir manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memeriahkan lagi program yang dianjurkan. Staf dikehendaki berpakaian rasmi bekerja/kebangsaan. Majlis ini akan diambilkira dalam jam latihan staf. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. /Tuan / Puan.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar,





SULAM BIN HAMID

Pendaftar

' 7100







s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

- Penolong-penolong Naib Canselor

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit













SH/fs/16112010/pekelilingpengurusan2010



__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________







ATURCARA

MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 8/2010

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL

*******************************************************



9.45 pagi : Tetamu mengambil tempat



10.05 pagi : Perarakan masuk ahli Senat Universiti dengan diiringi muzik gamelan



Perarakan masuk YBhg. Dato’ Naib Canselor dan Pemidato Syarahan Perdana dengan diiringi oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik& Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Pendaftar





: Nyanyian Lagu Negaraku

Nyanyian Lagu Bangsa Johor



: Bacaan Doa





: YBhg. Dato’ Naib Canselor memperkenalkan Pemidato Syarahan Perdana



: Syarahan Perdana oleh Pemidato

YBhg. Profesor Ir. Dr. Saparudin bin Ariffin

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan



Tajuk Syarahan : ”Universal Modeling and Simulation in Handling the Growing Complexity of Manufacturing Systems Environment”



: YBhg. Dato’ Naib Canselor memberi ulasan dan menutup majlis



: Penyampaian Sijil kepada Pemidato Syarahan Perdana



: Nyanyian Lagu Gemilang UTHM



: Perarakan Keluar



12.00 tghri : Jamuan dan Bersurai

Wednesday, November 24, 2010

World Television Day





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat warga UTHM

Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik akan menganjurkan Program ‘World Television Day’. Program ini dijalankan bersempena dengan sambutan hari antarabangsa UNESCO yang bertujuan untuk mengiktiraf penyiaran television sebagai media penting dalam komunikasi terutama sekali di kalangan negara-negara yang sedang membangun. Ianya juga bertujuan untuk mengalakkan pertukaran program television global yang menjurus kepada keamanan sejagat, keselamatan,ekonomi serta pembangunan sosial dan budaya. Butiran lengkap mengenai program tersebut adalah seperti berikut:

Program : World Television Day
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM
Tarikh : 24 November 2010 (Rabu)
Masa : 9:00 Pagi – 1:00 Tengahari

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi program ini.
Sekian, terima kasih.



DR ABD KADIR BIN MAHAMAD
PENGARAH PROGRAM
‘WORLD TELEVISION DAY’
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
07-4537531

Tarikh : 24 November, 2010

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Anjuran : Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN PROGRAM INTERNATIONAL DAY 2010
”WORLD TELEVISION DAY”
24 NOVEMBER 2010
Masa Aktiviti
8:00 pagi Kehadiran pelajar-pelajar, penceramah dan dif-dif kehormat
9:00 pagi Majlis pembukaan dan perasmian
- Nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ‘Bangsa Johor’
- Bacaan Doa
- Ucapan aluan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik
dan Elektrik
YBhg. Prof. Hj. Ayob Bin Hj. Johari
- Ucapan oleh Admin & Finance Director Sharp
Manufacturing Corp (M). Sdn Bhd.
Mr. K. Ohno
- Ucapan perasmian oleh Naib Canselor UTHM
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Bin Dalimin
10:00 pagi Lawatan ke tempat pameran oleh dif-dif terhormat
- Ceramah oleh Sharp Manufacturing Corp (M) Sdn. Bhd.
- Ceramah oleh UCiTV
12:30 Tghari Kuiz dan penyampaian hadiah
1:00 petang Makan dan bersurai

Seminar Kadaran Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia 2010


'Seminar Kadaran Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia 2010'

Tarikh: 24, 25 dan 26 November, 2010

Tempat : Perpustakaan UTHM

Anjuran : UTHM & K-UTECH Sdn. Bhd.

Thursday, November 18, 2010

Program Ibadah Qurban 2010



Yg. Bhg. Prof. Dato’/ Prof/ Tuan/ Puan,

HEBAHAN PENGAGIHAN DAGING KORBAN BERSEMPENA PROGRAM IBADAH QURBAN 1431 HIJRAH DI UTHM





Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :



Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".



2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan program Ibadah Qurban sempena Hari Raya Aidil Adha 1431 Hijrah. Program Ibadah Qurban di UTHM akan diadakan pada 18 November 2010(khamis)



3. Berikut maklumat dan tatacara pengendalian program Ibadah Korban tersebut:



1. Tempat: Parkir Bas UTHM.

2. Masa pembahagian daging korban akan bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 12.30 tenghari.

3. Pembahagian dibagi secara individu,tidak ada pembahagian secara kelompok atau wakil.

4. Bagi mereka yang membayar bahagian untuk program Ibadah Korban akan diperuntukkan khas mengikut penama penama sebagaimana yang ditetapkan.

5. Oleh kerana bungkusan daging Ibadah Korban adalah terhad maka pembahagiannya berdasarkan siapa yang datang dahulu.mengikut waktu yang telah ditetapkan seperti pada no 2 diatas.

*Keputusan tatacara ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Ibadah Korban 1431 H UTHM pada 11 November 2010.
Sekian harap maklum dan terima kasih.

Yang benar,


PROF. MADYA DR. SYED MUHAMMAD DAWILAH AL-EDRUS
Pengarah Pusat Islam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Friday, November 12, 2010

Program Anak Angkat Dan Khidmat Masyarakat


Program Anak Angkat Dan Khidmat Masyarakat

Program Anak Angkat dan Khidmat Masyarakat OPKIM 2010 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 12-14 November, 2010

Tempat : Kahang, Kluang Johor

Perasmi Program : Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Anjuran : Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTHM dengan kerjasama Pusat Komuniti Sembrong

Wednesday, November 10, 2010

World Science Day For Peace And Development


World Science Day For Peace And Development

Tarikh : 10 November, 2010

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

Atur cara Program:

Pendaftaran pelajar dan guru-guru sekolah menengah dari Batu Pahat
Ketibaan YBhg. Prof. Dato' Dr Mohd Noh bin Dalimin, Naib Canselor UTHM
Ketibaan YBhg. Tan Sri Razali Ismail
Sesi Ceramah
Pertandingan Melukis
Sesi Penilaian
Penyampaian hadiah
Minum petang
Selesai

Friday, November 5, 2010

International Seminar On Empayar Johor-Riau 2010


International Seminar On Empayar Johor-Riau 2010

Tarikh : 5, 6 dan 7 November, 2010

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Persada Johor International Convention Centre

Anjuran : Kerajaan Negeri Johor/Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan kerjasama Fakulti Sains, Sastera & Warisan UTHM

Thursday, November 4, 2010

PEPERIKSAAN LISAN - HASMADI BIN HASSAN (PBV)

PEPERIKSAAN LISAN - HASMADI BIN HASSAN (PBV)

Y.Bhg.Prof Dato/Prof/Tuan/Puan,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

NAMA PELAJAR : HASMADI BIN HASSAN
PROGRAM : DOKTOR FALSAFAH PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PBV)
TARIKH : 04 NOVEMBER 2010 (KHAMIS)
MASA : 9.30 PAGI (PEMBENTANGAN TERBUKA)
TEMPAT : STUDIO PENDIDIKAN, UTHM
PENYELIA UTAMA : PROF. MADYA. DR. WAN AZLINDA BTE WAN MOHAMED
PEMERIKSA LUAR : PROF. DR. MUHAMMAD RASHID BIN HJ. RAJUDDIN (UTM)
PEMERIKSA DALAM : PROF. DR. WAHID BIN RAZZALY
PENGERUSI : PROF. MADYA. DR. AHMAD BIN ESA
TAJUK TESIS : PENGARUH FAKTOR DEMOGRAFI TERHADAP KESEDIAAN E-LATIHAN DARI ASPEK
SIKAP KEPENGGUNAAN KOMPUTER, LITERASI KOMPUTER, FASILITI KOMPUTER
DAN AKSES TEKNOLOGI DALAM KALANGAN PEKERJA INDUSTRI DI BATU PAHAT, JOHOR

Y.Bhg.Prof Dato/Prof/Tuan/Puan yang berminat dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof Dato/Prof/Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
07-4537906/7757

Tuesday, November 2, 2010

PEPERIKSAAN LISAN - NOORDIANA BTE KASSIM @ KASIM (MDM)

PEPERIKSAAN LISAN - NOORDIANA BTE KASSIM @ KASIM (MDM)

Y.Bhg.Prof Dato/Prof/Tuan/Puan,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

NAMA PELAJAR : NOORDIANA BTE KASSIM @ KASIM
PROGRAM : SARJANA KEJURUTERAAN MEKANIKLA (MDM)
TARIKH : 02 NOVEMBER 2010 (SELASA)
MASA : 9.30 PAGI (PEMBENTANGAN TERBUKA)
TEMPAT : STUDIO PENDIDIKAN, UTHM
PENYELIA UTAMA : DR. YUSRI BIN HJ. YUSOF
PEMERIKSA LUAR : PROF. DR. AHMAD ZAKARIA (UniKL)
PEMERIKSA DALAM : DR. MD. SAIDIN BIN WAHAB
PENGERUSI : DR. MOHD AMRI BIN LAJIS
TAJUK TESIS : THE DEVELOPMENT OF NEW STEP-NC CODE GENERATOR (MILING STEP CODER)

Y.Bhg.Prof Dato/Prof/Tuan/Puan yang berminat dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof Dato/Prof/Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
07-4537906/7757