Wednesday, November 24, 2010

World Television Day





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat warga UTHM

Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik akan menganjurkan Program ‘World Television Day’. Program ini dijalankan bersempena dengan sambutan hari antarabangsa UNESCO yang bertujuan untuk mengiktiraf penyiaran television sebagai media penting dalam komunikasi terutama sekali di kalangan negara-negara yang sedang membangun. Ianya juga bertujuan untuk mengalakkan pertukaran program television global yang menjurus kepada keamanan sejagat, keselamatan,ekonomi serta pembangunan sosial dan budaya. Butiran lengkap mengenai program tersebut adalah seperti berikut:

Program : World Television Day
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM
Tarikh : 24 November 2010 (Rabu)
Masa : 9:00 Pagi – 1:00 Tengahari

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi program ini.
Sekian, terima kasih.



DR ABD KADIR BIN MAHAMAD
PENGARAH PROGRAM
‘WORLD TELEVISION DAY’
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
07-4537531

Tarikh : 24 November, 2010

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Anjuran : Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN PROGRAM INTERNATIONAL DAY 2010
”WORLD TELEVISION DAY”
24 NOVEMBER 2010
Masa Aktiviti
8:00 pagi Kehadiran pelajar-pelajar, penceramah dan dif-dif kehormat
9:00 pagi Majlis pembukaan dan perasmian
- Nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ‘Bangsa Johor’
- Bacaan Doa
- Ucapan aluan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik
dan Elektrik
YBhg. Prof. Hj. Ayob Bin Hj. Johari
- Ucapan oleh Admin & Finance Director Sharp
Manufacturing Corp (M). Sdn Bhd.
Mr. K. Ohno
- Ucapan perasmian oleh Naib Canselor UTHM
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Bin Dalimin
10:00 pagi Lawatan ke tempat pameran oleh dif-dif terhormat
- Ceramah oleh Sharp Manufacturing Corp (M) Sdn. Bhd.
- Ceramah oleh UCiTV
12:30 Tghari Kuiz dan penyampaian hadiah
1:00 petang Makan dan bersurai

No comments: