Tuesday, November 30, 2010

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009




UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA





UTHM/PP/100-6/3 JLD. 10 (66) 25 November 2010





PEKELILING PENGURUSAN BIL. 66/2010



MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2009

DAN

ANUGERAH JASA BAKTI 10 TAHUN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan mengadakan majlis di atas seperti butiran berikut:



Tarikh : 30 November 2010 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)



2. Semua staf diwajibkan hadir ke majlis yang diadakan tersebut dengan pakaian pejabat (staf wanita dikehendaki memakai baju kebangsaan, manakala staf lelaki hendaklah berpakaian kemas). Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Semua Dekan /Pengarah /Pengurus /Ketua Pusat /Bahagian/ Unit diminta untuk memastikan semua staf hadir ke majlis yang diadakan.



3. Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus. Perkhidmatan bas disediakan untuk staf di Kampus Bandar.



4. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara untuk rujukan YBhg. Prof. Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan.



Sekian. Terima Kasih.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar,





SULAM B HAMID

Pendaftar

7100







s.k - YBhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

- Penolong-Penolong Naib Canselor

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit







SH/fs/251110/pekelilingpengurusan





______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Aturcara
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009
&
Anugerah Jasa Bakti 10 Tahun



8.00 pagi : Ketibaan Staf dan Tetamu Jemputan



8.30 pagi : Ketibaan Yang Berbahagia

Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin

Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia



9.00 pagi : Majlis Bermula



: Nyanyian Lagu “Negaraku” dan “Gemilang UTHM”



: Bacaan Doa



: Ucapan Yang Berbahagia

Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia



: Majlis Penyampaian Anugerah oleh

Yang Berbahagia Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd. Kasim



· Anugerah Sukan



: Majlis Penyampaian Anugerah oleh

Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdul Aziz bin Dato’ Abdul Samad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)



· Anugerah 5S

· Anugerah Khas Cuti Belajar

· Anugerah Penyelidik Universiti

· Anugerah Inovasi Universiti



: Majlis Penyampaian Anugerah oleh

Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin

Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia



· Anugerah Penerbitan Universiti 2010

· Anugerah Jasa Bakti 10 Tahun

· Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

· Pelancaran Buku



: Sesi Bergambar



: Jamuan Makan Tengahari



· Pegawai-pegawai Kanan Universiti dan Penerima Anugerah di Dewan Terbuka

· Staf-staf Universiti di Dataran Anggerik



: Bersurai

No comments: