Tuesday, August 29, 2023

Majlis Menandatangani (MoU) di Antara KPT dan TDA dan Majlis Pelancaran Makmal-Makmal UTHM di Bawah Inisiatif ICP



Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Antara KPT dan TDA dan Majlis Pelancaran Makmal-Makmal UTHM di Bawah Inisiatif ICP (Industrial Collaboration Program)

Tarikh : 29 Ogos 2023 (Selasa) Masa : 10.00 pagi Tempat : UTHM Kampus Cawangan Pagoh
YB Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi hari ini sudi menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara KPT dan TDA dan menyempurnakan Majlis Pelancaran Makmal-Makmal UTHM di Bawah Inisiatif ICP.
MOU tersebut telah ditandatangani oleh Encik Ahmad Rizal Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa) mewakili Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Dr. Sharoul Jambari, Ketua Pegawai Eksekutif, TDA.
Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani MoU bersama YB Menteri ialah YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, YB Tuan Sim Tze Tzin, Pengerusi TDA dan YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT.
YB Menteri turut menyaksikan pertukaran MoU antara TDA, Indra Sistemas dan UTHM yang diwakili Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM yang turut disaksikan Datuk Hj. Md Jais Hj. Sarday, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) mewakili Pengerusi LPU UTHM.
Turut berlangsung pada majlis ini adalah pelancaran Makmal-makmal UTHM di bawah Insiatif ICP yang merangkumi teknologi sistem dan simulasi dalam bidang Cybersecurity dan Railway Signalling & Automatic Fare Collection Systems. Pembangunan makmal-makmal ini yang melibatkan Perkongsian dan Pemindahan Sistem Teknologi Platform telah dimudahcara oleh TDA melalui platform ICP dengan kolaborasi bersama Syarikat Indra Sistemas S.A atau “Indra” (berpengkalan di Sepanyol) dan UTHM.

Monday, August 28, 2023

International Conference on Electrical and Electronic Engineering 2023 (ICon3E2023)




 International Conference on Electrical and Electronic Engineering 2023 (ICon3E2023)

Date : 28th - 29th August 2023
Time : 12.00 noon
Venue : Everly Hotel, Putrajaya

Tazkirah Pagi AKRAB (TAPAK) : JOM DETOX @ detoxify

 

Tazkirah Pagi AKRAB (TAPAK) : JOM DETOX @ detoxify 

Tarikh             : 28 Ogos 2023 (Isnin) 
Masa               : 9.00 pagi hingga selesai 
Platform         : https://youtube.com/@PrestigeGlobalTV
Penceramah  : Ustaz Muhammad Amirulhakim Bin Saparudin

Anjuran :
Biro Kebajikan
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


Sunday, August 27, 2023

Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT ke-29 Tahun 2023



 

PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) KE-29 TAHUN 2023 KINI DIBUKA

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT secara hibrid (dalam talian & fizikal) pada 19 hingga 27 Ogos 2023 dengan hadiah wang tunai dan hadiah menarik menanti pemenang.
Pertandingan Debat Alam Sekitar (DAS) ini bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan mahasiswa, bakal pemimpin yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan berkenaan isu, dasar, polisi alam sekitar di peringkat negara Malaysia dan antarabangsa.
Pertandingan ini akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu menggunakan format Perdebatan Ala Parlimen dan akan disertai oleh pasukan daripada IPT Awam, IPT Swasta, Institut Pendidikan Guru dan Politeknik.
Penyertaan kini dibuka. Ayuh sertai DAS sebelum kuota maksimum 30 pasukan penuh.
Ikuti akaun sosial media rasmi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini pertandingan.

Tuesday, August 22, 2023

Majlis Anugerah Bitara Kirana 2023



Majlis Anugerah Bitara Kirana 2023

Tarikh : 22 Ogos 2023 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim

Monday, August 21, 2023

Majlis Syarahan Perdana Siri 1/2023



Majlis Syarahan Perdana Siri 1/2023

Tarikh : 21 Ogos 2023 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Pentas Utama, Aras 2, PTTA

Pemidato : YBhg. Prof. Dr. Rozaida binti Ghazali, FSKTM
Tajuk : Delving into the Depths: How Deep Learning Transforms Data into Actionable Insights

Sunday, August 20, 2023

Siri Program Ekspresi Cinta Negara


 Siri Program Ekspresi Cinta Negara

Tarikh : 20 Ogos 2023 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : FB
https://www.facebook.com/jssppukuthm/videos/2221973764659010/

Thursday, August 17, 2023

Pondok Universiti Kitab Terjemahan Al-Hikam


 

Adalah dimaklumkan, Sesi Pondok Universiti akan diadakan seperti berikut : 

✨ Bersama TG Sheikh Abu Zaki bin Yusuf As-Sanggafuri Al-Hadrami Hafizahullahu Ta'ala

📚 KITAB TERJEMAHAN AL-HIKAM oleh Syaikh Ibnu Atho'illah

Tarikh     : 17/08/2023 ( Khamis )

Masa      : *2.15 Ptg - 4.00 Ptg *

Tempat  : Dewan Seminar Al-Farabi, Masjid UTHM


Tuan/Puan dijemput Utk sama2 bagi mentelaah kitab Hikam bermula dari muka surat 7 (sambungan).


Sebarang perubahan majlis akan dimaklumkan dengan segera.

Tuesday, August 15, 2023

Executive Meet and Greet 32023



EXECUTIVE MEET & GREET (EMG) 2023 |
15 Ogos 2023 | 2.00 Petang | Big Stage, PTTA & YouTube UTHMTV
Program Executive Meet & Greet 2023 akan diadakan seperti butiran berikut:
📅 Tarikh: 15 Ogos 2023 (Selasa)
🕑 Masa: 2.00 petang - 4.30 petang
📍 Lokasi Fizikal (Jemputan): Big Stage, Aras 2 PTTA
-Apa perkembangan semasa universiti?
-GTU kita dah sampai di mana?
-Ada pandangan untuk meningkatkan keseronokan dan semangat bekerja?
Yok mari bersama-sama mengikuti EM&G melalui platform atas talian Youtube UTHMTV.
Membantu, Memudahkan, Menyelesaikan
PSPR UTHM
Sekretariat EM&G

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-66 peringkat UTHM



 UTHMevents | 15 Ogos 2023 |

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-66 Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bertempat di Padang Kawad dan sekitar kampus induk Parit Raja.

Tarikh : 15 Ogos 2023 (selasa) Masa : 8.00 pagi Tempat : sekitar UTHM

Prof. Ts. Dr. Azme Khamis, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM wakil rasmi Naib Canselor telah sudi hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-66 Peringkat UTHM.
Program anjuran Pejabat Pendaftar turut dihadiri Prof. Dr. Yusri Yusof, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Encik Naim Maslan, Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi dan Pegawai-pegawai Kanan Universiti.
Sambutan Bulan Kebangsaan ke-66 Peringkat UTHM dimulakan dengan acara senamrobik dan juga pengisytiharan Pelancaran Bulan Kemerdekaan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Azme Khamis. Turut berlangsung acara pemasangan bendera serta pelepasan konvoi kereta dan 30 buah motosikal ke 5 lima checkpoint utama iaitu : checkpoint 1 ke Bangunan Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PPTA), checkpoint 2 ke Bangunan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB), checkpoint 3 ke Kolej Kediaman Dalam Kampus Parit Raja, checkpoint 4 ke Bangunan Pejabat Pendaftar dan berakhir di checkpoint 5 di Dewan Terbuka bagi acara penyerahan bendera YBhg. Prof. Ts. Dr. Azme Khamis kepada ketua checkpoint.
Sambutan Bulan Kebangsaan ke-66 Peringkat UTHM ini telah disambut meriah oleh seluruh warga Universiti

Monday, August 14, 2023

Majlis Menandatangani MoU, Perasmian Makmal IoT bersama STMicroelectronics Sdn Bhd

Majlis Menandatangani MoU, Perasmian Makmal IoT bersama STMicroelectronics Sdn Bhd

Tarikh : 14 Ogos 2023 (Isnin)
Masa : 2.00 ptg
Tempat : UTHM Kampus Pagoh

14 Ogos 2023 | Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perasmian Makmal Internet of Things (IoT) bersama STMicroelectronics Sdn Bhd anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) bertempat di UTHM Kampus Pagoh.
MoU ini telah ditandatangani di antara UTHM yang diwakili oleh Naib Canselor UTHM, Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim dan STMicroelectronics yang diwakili oleh Encik CS Tan, Pengurus Besar STMicroelectronics Muar dengan kehadiran hampir 100 orang tetamu.
Turut hadir Pegawai-pegawai Kanan Universiti, Dekan-dekan Fakulti, staf pengurusan FTK dan delegasi dari STMicroelectronics Sdn Bhd
MoU ini meliputi pelbagai bidang kerjasama, termasuk usaha sama membangunkan makmal IoT canggih dan terkini di UTHM. Makmal ini akan menggunakan peralatan dan teknologi dari produk STM32, inovasi terkini daripada STMicroelectronics.
MoU dan perasmian makmal Internet of Things (IoT) di bawah tajaan STMicroelectronics merupakan satu pencapaian penting dalam memajukan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) di UTHM secara khususnya dan komuniti masyarakat di Muar secara amnya.
Makmal IoT ini dilengkapi dengan peralatan dan teknologi bertaraf dunia dari produk STM32 yang dikeluarkan oleh STMicroelectronics. Ini memberi peluang kepada pelajar UTHM dan komuniti Muar untuk belajar dan menguasai teknologi terkini dalam dunia IoT. Penggunaan produk STM32 dalam pembangunan makmal ini membolehkan pelajar terlibat dalam projek-projek berorientasikan praktikal. Produk STM32 mempunyai ekosistem pembelajaran yang luas, termasuk sumber-sumber pembelajaran dalam talian, bahan rujukan, dan komuniti pengguna. Ini akan membantu pelajar dan penyelidik dalam menguasai teknologi ini dengan lebih mudah.
MoU ini menggariskan kerjasama yang erat antara UTHM dan STMicroelectronics dan membuka peluang untuk latihan industri, pertukaran tenaga pengajar, dan perkongsian pengetahuan antara kedua-dua entiti. Ini juga adalah langkah penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan inovasi di Malaysia.
Kelebihan makmal ini, yang menggunakan teknologi STM32, akan membawa manfaat besar kepada pelajar, penyelidik, dan industri tempatan. Ini juga mencerminkan komitmen UTHM dan STMicroelectronics dalam memajukan pendidikan dan inovasi dalam era digital yang semakin berkembang.

Majlis Pelancaran EKSA UTHM



 Majlis Pelancaran EKSA UTHM

Tarikh : 14 Ogos 2023 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi ~ 10.00 pagi
Tempat : Online

Tuesday, August 8, 2023

Sesi bersama MAMPU

 Sesi bersama MAMPU Prof Saidin

Tarikh : 8 Ogos 2023 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Lestari 1 PTTA

Thursday, August 3, 2023

Pondok Universiti Kitab Terjemahan Al-Hikam


 

Adalah dimaklumkan, Sesi Pondok Universiti akan diadakan seperti berikut : 

✨ Bersama TG Sheikh Abu Zaki bin Yusuf As-Sanggafuri Al-Hadrami Hafizahullahu Ta'ala

📚 KITAB TERJEMAHAN AL-HIKAM oleh Syaikh Ibnu Atho'illah

Tarikh     : 03/08/2023 ( Khamis )

Masa      : *2.15 Ptg - 4.00 Ptg *

Tempat  : Ruang Solat, Masjid UTHM


Tuan/Puan dijemput Utk sama2 bagi mentelaah kitab Hikam bermula dari muka surat 5 (sambungan).