Tuesday, August 29, 2023

Majlis Menandatangani (MoU) di Antara KPT dan TDA dan Majlis Pelancaran Makmal-Makmal UTHM di Bawah Inisiatif ICP



Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Antara KPT dan TDA dan Majlis Pelancaran Makmal-Makmal UTHM di Bawah Inisiatif ICP (Industrial Collaboration Program)

Tarikh : 29 Ogos 2023 (Selasa) Masa : 10.00 pagi Tempat : UTHM Kampus Cawangan Pagoh
YB Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi hari ini sudi menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara KPT dan TDA dan menyempurnakan Majlis Pelancaran Makmal-Makmal UTHM di Bawah Inisiatif ICP.
MOU tersebut telah ditandatangani oleh Encik Ahmad Rizal Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa) mewakili Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Dr. Sharoul Jambari, Ketua Pegawai Eksekutif, TDA.
Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani MoU bersama YB Menteri ialah YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, YB Tuan Sim Tze Tzin, Pengerusi TDA dan YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT.
YB Menteri turut menyaksikan pertukaran MoU antara TDA, Indra Sistemas dan UTHM yang diwakili Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM yang turut disaksikan Datuk Hj. Md Jais Hj. Sarday, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) mewakili Pengerusi LPU UTHM.
Turut berlangsung pada majlis ini adalah pelancaran Makmal-makmal UTHM di bawah Insiatif ICP yang merangkumi teknologi sistem dan simulasi dalam bidang Cybersecurity dan Railway Signalling & Automatic Fare Collection Systems. Pembangunan makmal-makmal ini yang melibatkan Perkongsian dan Pemindahan Sistem Teknologi Platform telah dimudahcara oleh TDA melalui platform ICP dengan kolaborasi bersama Syarikat Indra Sistemas S.A atau “Indra” (berpengkalan di Sepanyol) dan UTHM.

No comments: