Tuesday, August 15, 2023

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-66 peringkat UTHM



 UTHMevents | 15 Ogos 2023 |

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-66 Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bertempat di Padang Kawad dan sekitar kampus induk Parit Raja.

Tarikh : 15 Ogos 2023 (selasa) Masa : 8.00 pagi Tempat : sekitar UTHM

Prof. Ts. Dr. Azme Khamis, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM wakil rasmi Naib Canselor telah sudi hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-66 Peringkat UTHM.
Program anjuran Pejabat Pendaftar turut dihadiri Prof. Dr. Yusri Yusof, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Encik Naim Maslan, Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi dan Pegawai-pegawai Kanan Universiti.
Sambutan Bulan Kebangsaan ke-66 Peringkat UTHM dimulakan dengan acara senamrobik dan juga pengisytiharan Pelancaran Bulan Kemerdekaan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Azme Khamis. Turut berlangsung acara pemasangan bendera serta pelepasan konvoi kereta dan 30 buah motosikal ke 5 lima checkpoint utama iaitu : checkpoint 1 ke Bangunan Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PPTA), checkpoint 2 ke Bangunan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB), checkpoint 3 ke Kolej Kediaman Dalam Kampus Parit Raja, checkpoint 4 ke Bangunan Pejabat Pendaftar dan berakhir di checkpoint 5 di Dewan Terbuka bagi acara penyerahan bendera YBhg. Prof. Ts. Dr. Azme Khamis kepada ketua checkpoint.
Sambutan Bulan Kebangsaan ke-66 Peringkat UTHM ini telah disambut meriah oleh seluruh warga Universiti

No comments: