Sunday, August 27, 2023

Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT ke-29 Tahun 2023



 

PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) KE-29 TAHUN 2023 KINI DIBUKA

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT secara hibrid (dalam talian & fizikal) pada 19 hingga 27 Ogos 2023 dengan hadiah wang tunai dan hadiah menarik menanti pemenang.
Pertandingan Debat Alam Sekitar (DAS) ini bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan mahasiswa, bakal pemimpin yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan berkenaan isu, dasar, polisi alam sekitar di peringkat negara Malaysia dan antarabangsa.
Pertandingan ini akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu menggunakan format Perdebatan Ala Parlimen dan akan disertai oleh pasukan daripada IPT Awam, IPT Swasta, Institut Pendidikan Guru dan Politeknik.
Penyertaan kini dibuka. Ayuh sertai DAS sebelum kuota maksimum 30 pasukan penuh.
Ikuti akaun sosial media rasmi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini pertandingan.

No comments: