Tuesday, October 23, 2012

Majlis Menandatangani MoA Antara UTHM Dan MPOB

Majlis Menandatangani MoA Antara UTHM Dan MPOB
 
Tarikh : 23 Oktober 2012 (Selasa)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Hotel Equatorial, Bangi

Saturday, October 20, 2012

Perarakan Ala 'Town & Gown' Sempena Majlis Konvokesyen Ke-12 UTHM

Perarakan Ala 'Town & Gown' Sempena Majlis Konvokesyen Ke-12 UTHM

Tarikh: 20 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa: 8.00 - 10.30 malam
Tempat: Jalan Rahmat - Dataran Penggrama (Pentas Lintas Hormat) - Stadium Batu Pahat

Friday, October 19, 2012

Majlis Membudayakan Al-Quran Pejabat Naib Canselor (KASTURI)



Majlis Membudayakan Al-Quran Pejabat Naib Canselor (KASTURI)

Tarikh : 19 Oktober 2012 (Jumaat) Masa : 8.00 pagi Lokasi : Bilik Jamuan Eksekutif, PTTA Ustaz : Ustaz Mohd. Shahrir bin Hj. Abd. Mutalib Surah : Al- Kahfi (ayat 43-49)

Tuesday, October 16, 2012

PROGRAM UTHM LECTURE SERIES 04/2012

Y. Bhg. Prof. Dato'/ Prof. / Tuan / Puan,
PROGRAM UTHM LECTURE SERIES  04/2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa program UTHM Lecture Series 04/2012 yang akan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Yusop bin Ab Hadi daripada Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional telah dipinda tarikh dan akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

        Tarikh                :         16 Oktober 2012 (Selasa)
        Masa                 :         11.00 pagi – 12.00 tengahari
        Tempat              :         Auditorium, Aras 3, Perpustakaan
        Tajuk                 :        “Kebahagiaan Hidup Warga Emas Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat”


2.        Sehubungan dengan itu, semua staf akademik dikehendaki hadir manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memeriahkan lagi program yang dianjurkan. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian Y. Bhg. Prof. Dato' / Prof. /tuan / puan. 

Sekian, terima kasih.

Monday, October 15, 2012

Majlis Menandatangani MoU Antara UTHM Dan MARDI, FRIM

Majlis Menandatangani MoU Antara UTHM Dan MARDI, FRIM
 
Tarikh : 15 Oktober 2012 (Isnin)

Masa : 2.00 - 5.15 ptg

Tempat : Dewan Tan Sri Jamilus, Wisma KLIA Holding, Bandar Baru Bangi 
 
Contact Info:
EN. ZAIFAZOL BIN SAID Pejabat Hubungan Universiti & Industri Tel : 07-4537191
 

Saturday, October 13, 2012

Majlis Pra-Pelancaran 1M4U - MOHE OUTREACH CENTRE

Majlis Pra-Pelancaran 1M4U - MOHE OUTREACH CENTRE

Tarikh :13 Oktober 2012
Tempat : Dewan Utama
Masa : 11.00 pagi

Tuesday, October 9, 2012

Perhimpunan Kecergasan 1Malaysia UTHM

Perhimpunan Kecergasan 1Malaysia UTHM

Tarikh : 9 Oktober 2012
Masa : 7.45 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat : Stadium UTHM
Aturcara Program
  • 7.45 pagi : Ketibaan Warga Universiti
  • 7.50 pagi : Ketibaan VIP
  • 8.00 pagi : Program Senamrobik (Aerobic Dance)
  • 8.50 pagi : Taklimat Kesihatan

Monday, October 8, 2012

UTHM 20th Anniversary Lecture Series siri 2

YBhg. Prof./Tuan/Puan, 

JEMPUTAN MENGHADIRI “UTHM 20th ANNIVERSARY LECTURE SERIES”

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-20 pada tahun 2013. Dalam menjayakan sambutan ini, pelbagai acara akan dianjurkan dan di antaranya adalah siri syarahan akademik dari 20 Profesor ternama dari seluruh dunia yang dikenali sebagai “UTHM 20th Anniversary Lecture Series”.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan berbesar hati ingin menjemput dan mempersilakan YBhg. Prof./tuan/puan bagi menghadiri Siri II program ini yang akan diadakan seperti mana ketetapan berikut:

Tarikh : 8 Oktober 2012 (Isnin)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Dewan Bankuet, Dewan Utama UTHM

Penceramah : Profesor Hussin Mutalib
National University of Singapore

Tajuk : “University Education in a Global World: Some Reflections”

4. Kami berharap kehadiran YBhg. Prof./tuan/puan ke program ini akan dapat menyerikan majlis seterusnya menyuburkan perkongsian ilmu dan intelektual dalam kalangan warga universiti.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


NAIM BIN MASLAN
Timbalan Pendaftar
Pejabat Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel: 07-4537023

ATURCARA 
Atur Cara Majlis

2.30 petang         -           Ketibaan tetamu jemputan
2.40 petang         -           Ketibaan Pegawai Kanan Universiti
2.45 petang         -           Ketibaan YBhg. Dato' Naib Canselor dan Pemidato
2.50 petang         -           Sesi Bergambar
3.00 petang         -           Ucapan Alu- aluan oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor      
-           Syarahan oleh Profesor Hussin Mutalib
National University of Singapore
                                   "University Education in a Global World: Some Reflections"

-           Sesi Soal Jawab

-           Penyampaian Cenderahati
5.00 petang         -           Bersurai
 

Thursday, October 4, 2012

3rd World Congress On Teacher Education for TVET






Tarikh : 4 Oktober 2012 (Khamis)
Masa : 8.30 AM ~ 4.30 PM
Tempat : DTII

3rd World Congress On Teacher Education for TVET

PROGRAMME (TENTATIVE)


8.00 – 8.30 am : Registration.
8.30 – 9.15 am : Lead Paper 1
9.15 – 10.00 am : Lead Paper 2
10.15 – 11.00 am : Lead Paper 3
11.00 – 12:00 noon : Official Opening
12.00 – 02.00 pm : Lunch Break
02:00 – 04:00 pm : Parallel Papers Presentation Session
04.00 pm : Closing.


Wednesday, October 3, 2012

International Literacy Day 2012


Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM “INTERNATIONAL LITERACY DAY 2012”

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena sambutan salah satu Hari UNESCO peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Perpustakaan UTHM akan mengadakan Program “International Literacy Day 2012”  sepertimana berikut:

Tarikh : 3 Oktober 2012 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi -  12.45 tengah hari
Tempat : Ruang Bacaan Terbuka, Aras 2, Perpustakaan UTHM
Tajuk Ceramah : Cerna Minda: “You Are What You Read”
                                       Penceramah: Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus

3.         Bersempena penganjuran program ini, perpustakaan juga turut mengadakan Pameran Perpustakaan dan Pameran Buku. Selain itu, ceramah ini juga akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

4.         Harapan saya agar Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan dapat datang beramai-ramai ke program ini dan memanjangkan perkara tersebut kepada semua staf di jabatan masing-masing. Segala kerjasama dan perhatian daripada Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


Yang benar,


NORHASLINI BINTI ABD ALIM
Pustakawan
Unit Promosi dan Perhubungan Pelanggan
Perpustakaan
haslini@uthm.edu.my
07-4533334


ATURCARA PROGRAM

9.00 pagi -           Ketibaan staf dan pelajar

9.30 pagi -           Ketibaan penceramah jemputan

9.45 pagi -           Ucapan alu-aluan
             -           Bacaan doa

10.00 pagi -           Cerna Minda: “You Are What You Read”
                   Penceramah: Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus

12.00 tengah hari -           Penyampaian Cenderahati
-      Penyampaian Anugerah Emerald’s Highest Usage Award

12.20 tengah hari -           Cabutan Bertuah

12.45 tengah hari -           Jamuan
                                -           Bersurai



Seminar Cinta Di Hujung Usia


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar (P3P) akan menganjurkan seminar seperti berikut :-

Seminar : Cinta Di Hujung Usia
Tarikh : 3 Oktober 2012 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan 5, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Bayaran : RM 100 seorang (Yuran penyertaan termasuk jamuan, sijil dan bahan seminar)


Untuk makluman Y. Bhg. Prof./tuan/puan, seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kebahagian rumah tangga selepas pasangan berumur 40 tahun ke atas. Walaubagaimanapun seminar tidaklah hanya mengkhusus kepada individu yang berumur 40 tahun ke atas tetapi ia juga terbuka kepada individu yang berminat dengan kandungan seminar (rujuk brosur). Adalah diharapkan dengan penyertaan dari pelbagai peringkat umur ini akan dijadikan medan berinteraksi yang lebih luas, bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan.



Bersama-sama ini dilampirkan brosur yang berkaitan sebagai jemputan dan hebahan kepada staf dan sahabat-sahabat lain yang berminat. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Noraishah binti Daud di samb. 7463 . Kerjasama dan sokongan Y. Bhg. Prof./tuan/puan amat dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga banyak ilmu dan pengalaman daripada penceramah dapat kita kongsi bersama dalam majlis ilmu ini.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,

PROF. MADYA DR. ASRI BIN SELAMAT

Dekan


Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel : 07- 4538559
Fax : 07-4536050