Monday, October 8, 2012

UTHM 20th Anniversary Lecture Series siri 2

YBhg. Prof./Tuan/Puan, 

JEMPUTAN MENGHADIRI “UTHM 20th ANNIVERSARY LECTURE SERIES”

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-20 pada tahun 2013. Dalam menjayakan sambutan ini, pelbagai acara akan dianjurkan dan di antaranya adalah siri syarahan akademik dari 20 Profesor ternama dari seluruh dunia yang dikenali sebagai “UTHM 20th Anniversary Lecture Series”.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan berbesar hati ingin menjemput dan mempersilakan YBhg. Prof./tuan/puan bagi menghadiri Siri II program ini yang akan diadakan seperti mana ketetapan berikut:

Tarikh : 8 Oktober 2012 (Isnin)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Dewan Bankuet, Dewan Utama UTHM

Penceramah : Profesor Hussin Mutalib
National University of Singapore

Tajuk : “University Education in a Global World: Some Reflections”

4. Kami berharap kehadiran YBhg. Prof./tuan/puan ke program ini akan dapat menyerikan majlis seterusnya menyuburkan perkongsian ilmu dan intelektual dalam kalangan warga universiti.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


NAIM BIN MASLAN
Timbalan Pendaftar
Pejabat Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel: 07-4537023

ATURCARA 
Atur Cara Majlis

2.30 petang         -           Ketibaan tetamu jemputan
2.40 petang         -           Ketibaan Pegawai Kanan Universiti
2.45 petang         -           Ketibaan YBhg. Dato' Naib Canselor dan Pemidato
2.50 petang         -           Sesi Bergambar
3.00 petang         -           Ucapan Alu- aluan oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor      
-           Syarahan oleh Profesor Hussin Mutalib
National University of Singapore
                                   "University Education in a Global World: Some Reflections"

-           Sesi Soal Jawab

-           Penyampaian Cenderahati
5.00 petang         -           Bersurai
 

No comments: