Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE PROGRAM “INTERNATIONAL LITERACY DAY 2012”
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa bersempena sambutan salah satu Hari UNESCO peringkat
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Perpustakaan UTHM akan
mengadakan Program “International Literacy Day 2012” sepertimana berikut:
Tarikh : 3 Oktober 2012 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 12.45 tengah hari
Tempat : Ruang Bacaan Terbuka, Aras 2, Perpustakaan UTHM
Tajuk Ceramah : Cerna Minda: “You Are What You Read”
Penceramah: Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus
3. Bersempena penganjuran program ini, perpustakaan juga turut mengadakan Pameran Perpustakaan dan Pameran Buku. Selain itu, ceramah ini juga akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.
4. Harapan saya agar Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan dapat datang beramai-ramai ke program ini dan memanjangkan perkara tersebut kepada semua staf di jabatan masing-masing. Segala kerjasama dan perhatian daripada Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang benar,
NORHASLINI BINTI ABD ALIM
Pustakawan
Unit Promosi dan Perhubungan Pelanggan
Perpustakaan
haslini@uthm.edu.my
07-4533334
ATURCARA PROGRAM
9.00 pagi - Ketibaan staf dan pelajar
9.30 pagi - Ketibaan penceramah jemputan
9.45 pagi - Ucapan alu-aluan
- Bacaan doa
10.00 pagi - Cerna Minda: “You Are What You Read”
Penceramah: Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus
12.00 tengah hari - Penyampaian Cenderahati
- Penyampaian Anugerah Emerald’s Highest Usage Award
12.20 tengah hari - Cabutan Bertuah
12.45 tengah hari - Jamuan
- Bersurai
No comments:
Post a Comment