Tuesday, October 16, 2012

PROGRAM UTHM LECTURE SERIES 04/2012

Y. Bhg. Prof. Dato'/ Prof. / Tuan / Puan,
PROGRAM UTHM LECTURE SERIES  04/2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa program UTHM Lecture Series 04/2012 yang akan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Yusop bin Ab Hadi daripada Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional telah dipinda tarikh dan akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

        Tarikh                :         16 Oktober 2012 (Selasa)
        Masa                 :         11.00 pagi – 12.00 tengahari
        Tempat              :         Auditorium, Aras 3, Perpustakaan
        Tajuk                 :        “Kebahagiaan Hidup Warga Emas Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat”


2.        Sehubungan dengan itu, semua staf akademik dikehendaki hadir manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memeriahkan lagi program yang dianjurkan. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian Y. Bhg. Prof. Dato' / Prof. /tuan / puan. 

Sekian, terima kasih.

No comments: