Wednesday, October 3, 2012
Seminar Cinta Di Hujung Usia
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar (P3P) akan menganjurkan seminar seperti berikut :-
Seminar : Cinta Di Hujung Usia
Tarikh : 3 Oktober 2012 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan 5, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Bayaran : RM 100 seorang (Yuran penyertaan termasuk jamuan, sijil dan bahan seminar)
Untuk makluman Y. Bhg. Prof./tuan/puan, seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kebahagian rumah tangga selepas pasangan berumur 40 tahun ke atas. Walaubagaimanapun seminar tidaklah hanya mengkhusus kepada individu yang berumur 40 tahun ke atas tetapi ia juga terbuka kepada individu yang berminat dengan kandungan seminar (rujuk brosur). Adalah diharapkan dengan penyertaan dari pelbagai peringkat umur ini akan dijadikan medan berinteraksi yang lebih luas, bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan.
Bersama-sama ini dilampirkan brosur yang berkaitan sebagai jemputan dan hebahan kepada staf dan sahabat-sahabat lain yang berminat. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Noraishah binti Daud di samb. 7463 . Kerjasama dan sokongan Y. Bhg. Prof./tuan/puan amat dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga banyak ilmu dan pengalaman daripada penceramah dapat kita kongsi bersama dalam majlis ilmu ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
PROF. MADYA DR. ASRI BIN SELAMAT
Dekan
Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel : 07- 4538559
Fax : 07-4536050
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment