Friday, November 27, 2009

Korban 2009 di Parit Bengkok

UTHM korban 32 ekor ternakan


BATU PAHAT 27 Nov. - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila mengadakan majlis korban melibatkan 32 ekor haiwan ternakan sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, haiwan korban itu terdiri daripada 28 ekor lembu, dua kerbau dan dua ekor kambing.

Menurutnya, semua haiwan itu merupakan sumbangan 115 kakitangan termasuk pegawainya yang disalurkan menerusi Pusat Islam UTHM.

''Sebanyak 16 ekor lembu diagihkan ke 16 kampung di sekitar Parit Raja dan bakinya dikorbankan di Pusat Islam UTHM," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan 16 lembu korban kepada wakil 16 kampung di Kampung Parit Bengkok, Parit Raja di sini hari ini.

Menurut Mohd. Noh, langkah itu merupakan salah satu usaha pihaknya untuk meningkatkan lagi kerjasama antara UTHM dengan masyarakat setempat.

''Kami berhasrat meneruskan ibadat korban ini dari semasa ke semasa dengan membabitkan kakitangan dan pegawai UTHM," katanya.

Tempat : Surau As-Solihin
Tarikh : 27 November 2009
Masa : 8.00 pagi

No comments: