Saturday, January 10, 2009

INSEP SHARING LOVE FOR CHARITY 2009



Tuan Haji Mohd Nor bin Ihkasan
Ketua Unit UCiTV 

Tuan, PERMOHONAN RAKAMAN VIDEO BAGI PROGRAM 'INSEP SHARING LOVE FOR CHARITY 2009' ANJURAN PELAJAR INSEP UTHM FASA II 2008 

 Adalah segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 2. Sukacita dimaklumkan bahawa peserta Program Latihan Peningkatan Kemahiran Latihan Industri (INSEP) 2008, University Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan Program 'INSEP Sharing Love For Charity 2009' yang akan diadakan di Batu Pahat Mall. 

 3. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memantapkan komunikasi pelajar INSEP dalam Bahasa Inggeris, disamping dapat beramal dan menyumbang untuk kanak-kanak pendidikan khas. Justeru, pihak kami ingin membuat permohonan agar pihak tuan dapat bekerjasama untuk merakamkan segala perjalanan program yang akan berlangsung. 

Berikut adalah butiran program:
 Tarikh : 10 Januari 2009 (Sabtu)
 Masa : 12.00 tgh - 6.30 ptg
 Tempat : BP Mall, Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor. 

 4. Oleh yang demikian, kami berasa berbesar hati untuk menjemput pihak tuan agar dapat bersama-sama menjayakan program ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Mohd Fakhri bin Jahari (017-3571743). 
Segala sokongan dan bantuan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. 
 Sekian. 

 "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 
 Yang benar' 
 LIZA BINTI MD APANDI PP CEC

No comments: