Ketua Unit UCiTV
Unit UCiTV
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tuan,
LIPUTAN SEMASA PENAMAAN & PEMILIHAN CALON MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2008/09
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sesi 2008/2009 akan berlangsung seperti makluman berikut:
i) Perkara : Hari Penamaan Calon
Tarikh : 5 Januari 2009
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
ii) Perkara : Hari Pengundian
Tarikh : 8 Januari 2009
Masa : 8.00 pagi - 7.00 malam
3. Sehubungan dengan itu, di pohon kerjasama daripada pihak tuan untuk membuat liputan sempena program tersebut. Segala kerjasama serta jasa baik pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,wassalam.
"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
Yang benar,
MUHAMMAD RADZI B KAMARUDIN
b/p Timbalan Pendaftaran
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn
Monday, January 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment