Wednesday, January 14, 2009

Pelancaran English Speaking Day & English Language Support Programme (ELSP)

Y. Bhg. Prof. Dato./Prof./Tuan/Puan,
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (02) 13 Januari 2009

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 02/2009

PROGRAM PELANCARAN ENGLISH SPEAKING DAY DAN ENGLISH LANGUAGE SUPPORT PROGRAMME (ELSP)

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi bersama Pusat Pembangunan Akademik akan mengadakan Program Pelancaran English Speaking Day dan English Language Support Programme (ELSP) pada ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Januari 2009 ( Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)

2. Semua staf dan pelajar dimestikan hadir. Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Semua Dekan /Pengarah /Pengurus /Ketua Pusat /Bahagian/ Unit diminta untuk mempastikan semua staf hadir ke majlis yang diadakan.

3. Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus. Pengecualian juga diberikan kepada Pensyarah dan Pelajar yang mempunyai kuliah/kelas pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas.

4. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara untuk rujukan Y. Bhg. Prof. /Tuan / Puan.

Sekian. Terima Kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
7100

s.k - Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

No comments: