Tuesday, January 6, 2009

Rakaman Amanat Timbalan Naib Canselor (HEPA) mengenai Pilihanraya MPP sesi 2008/2009

Tuan Hj Mohd Nor bin Ihkasan
Ketua Unit UCiTV
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tuan,

MEMOHON MEMBUAT RAKAMAN AMANAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (HEPA) MENGENAI PILIHANRAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2008/2009

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2008/2009 akan diadakan pada 8 Januari 2009 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kolej Kediaman Perwira, Kolej Kediaman Melewar dan Kampus Bandar. Pemilihan ini akan dijalankan melalui e-Undi.

3. Sehubungan dengan itu, Pejabat ini memohon agar pihak tuan dapat membuat rakaman Amanat Timbalan Naib Canselor (HEPA) pada 6 Januari 2009, jam 4.00 petang, bertempat di bilik beliau untuk disiarkan mulai 7 Januari 2009 hingga 8 Januari 2009. Untuk makluman tuan, Y.Bhg. Timbalan Naib Canselor (HEPA) telah sedia maklum tentang perkara ini.

Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Yang benar,

MD PUAD BIN KATNI
b/p Timbalan Pendaftar
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
7042

No comments: