Wednesday, May 21, 2008

ICME 2008

Tuan Hj Mohd Nor bin Ihkasan
Ketua Unit UCiTV
Pejabat Canselori

Tuan,

MEMOHON KHIDMAT FOTOGRAFI DAN RAKAMAN TAYANGAN VIDEO SEMASA PROGRAM ICME 2008 BERJALAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan pihak fakulti akan mengadakan Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan 2008 (ICME2008) anjuran Fakulti Kejuriteraan Mekanikal dan Pembuatan, UTHM yang akan diadakan pada tarikh 21 - 23hb Mei 2008, bertempat di Hotel Puteri Pan Pacific Johor Bahru. Sehubungan dengan itu, pihak fakulti memohon kerjasama untuk berkhidmat semasa persidangan dijalankan. Berikut adalah tentatif program untuk rujukan pihak tuan:

Pihak fakulti mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada pihak tuan. Di antara peralatan yang diperlukan ialah fotografi, video record dan sebagainya. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan En. Mohd Rashid bin Kasmari (013-7473606)

Sekian, terima kasih.

Yang Benar

PROFESOR DR SULAIMAN BIN HJ HASSAN
Dekan
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
UTHM

No comments: