Wednesday, March 5, 2008

Pertandingan ROBOCON 2008 Peringkat UTHM

Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,

Jemputan ke Pertandingan ROBOCON 2008 Peringkat UTHM

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kejuruteraan Elektrik (KKE) dan Kelab Kejuruteraan Mekanikal (KKM), UTHM akan mengadakan Pertandingan Robocon UTHM 2008.

Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan berbesar hati menjemput Y.Bhg. Prof/ Tuan/ Puan untuk menyaksikan pertandingan ini seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 5 Mac 2008 (Rabu)
Tempat : Dewan Peperiksaan Bawah F2
Masa : 1) 10.00 pagi - Field test oleh ketiga – tiga pasukan
2) 2.30 petang – Perlawanan saringan
3) 4.00 petang – Pertandingan akhir

Untuk makluman tuan, pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pasukan ROBOCON UTHM 2008 bagi menghadapi pertandingan Robocon peringkat kebangsaan pada 25 – 30 Mac 2008 nanti di UKM.

Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amat kami harapkan.

Sekian, terima kasih.

Sekretariat Pertandingan ROBOCON UTHM 2008
Kelab Kejuruteraan Elektrik & Kelab Kejuruteraan Mekanikal
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


b/p
MOHD AZLIS SANI MD JALIL
Lecturer
Department of Manufacturing and Industrial Engineering Faculty of Mechanical Engineering and Manufacturing
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja,
Batu Pahat Johor Darul Takzim
MALAYSIA

Off: 07 - 453 7778
Fax: 07 - 453 6080
HP: 019 - 211 2692
azlis@uthm.edu.my

No comments: