Monday, March 31, 2008

Program ECTIVE6

JEMPUTAN PIHAK UCITV UNTUK MEMBUAT LIPUTAN PROGRAM ECTIVE6

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar Semester 1 Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (MBV) akan menganjurkan "Exhibition Of Educationla Technology In Technical and Vocational Education (ECTIVE6,2008)".

3. Untuk makluman, aktiviti ini merupakan acara setiap semester bagi pelajar-pelajar yang mengikuti Program Sarjana Pendidikan dalam kursus MBE 1053 (Teknologi Pendidikan dalam PTV) dan merupakan kali ke enam diadakan. Antara bahan yang dipamerkan termasuklah multimedia interaktif hasil kretiviti pelajar sendiri.

4. Justeru itu, pihak tuan adalah dijemput untuk membuat liputan sepanjang program berlangsung dan butirannya adalah seperti berikut

Program : ECTIVE 6
Tarikh : 31 Mac 2008 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM

Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan terima kasih.

Sekian

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang benar,



Dr HJ BAHAROM BIN MOHAMAD
Ketua Jabatan Ikhtisas Pendidikan
b/p Dekan
Fakulti Pendidikan Teknikal
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
4538206

No comments: