Wednesday, March 19, 2008

Taklimat Hak Cipta Dalam Penerbitan Anjuran Pejabat Penerbit UTHM

Y. Bhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/ Puan,

TAKLIMAT HAK CIPTA DALAM PENERBITAN ANJURAN PEJABAT PENERBIT UTHM

Berhubung perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa usaha Pejabat Penerbit untuk memberi pendedahan kepada staf akademik UTHM menghasilkan manuskrip yang berkualiti, satu taklimat penerbitan akan dianjurkan.

2. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Penerbit akan menganjurkan Taklimat Hak Cipta dalam Penerbitan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh : 19 Mac 2008 ( Rabu )
Tempat : Galeri Ilmu
Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

3. Bersama-sama ini disertakan poster yang berkaitan seperti di lampiran. Kami meminta kerjasama YBhg. Dato’/ Prof./ Dr./Tuan/ Puan untuk mengesahkan kehadiran kepada kami melalui e-mel noraidah@uthm.edu.my atau shajar@uthm.edu. my dengan kadar segera.
Perhatian dan sokongan dari pihak YBhg. Dato’/ Prof./ Dr./Tuan/ Puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

PROF. MADYA MOHD IMRAN GHAZALI
Ketua Penerbit
07-453 7450
imran@uthm.edu.my

No comments: