Monday, July 6, 2015

Majlis Diskusi Ilmu Bertajuk “Refleksi Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan Universiti (SKTU) bagi Pertengahan Tahun 2015”


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 5 (72)                                                    5 Julai 2015
_____________________________

PEKELILING AM BIL. 26 TAHUN 2015
_____________________________

MAJLIS DISKUSI ILMU BERTAJUK
REFLEKSI PENCAPAIAN SASARAN KERJA TAHUNAN UNIVERSITI(SKTU)
BAGI PERTENGAHAN TAHUN 2015
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Diskusi Ilmu Bertajuk Refleksi Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan Universiti (SKTU) bagi Pertengahan Tahun 2015” sepertimana ketetapan berikut :

                    Tarikh           :        6 Julai 2015 (Isnin)
                   Masa            :        8.30 pagi-12.00 tengahari
                   Tempat         :        Dewan Sultan Ibrahim (DSI)

  1. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

  1.             Sehubungan dengan itu, semua staf universiti adalah DIWAJIBKAN HADIR untuk memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh universiti. Staf dikehendaki merekodkan kehadiran datang dan pulang di Dewan Sultan Ibrahim.

  1. Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Pegawai Khidmat Pelanggan dan staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti/persidangan/seminar/kursus.

  1.             Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Datuk/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.     -   YBhg. Datuk Naib Canselor
          -   Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
          -   Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-   Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-   Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
-   Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
-   Dekan-Dekan Fakulti
-   Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-   Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

AHAR/MTS/s/02.07.2015/pekeliling am UTHM

ATUR CARA
MAJLIS DISKUSI ILMU BERTAJUK
REFLEKSI PENCAPAIAN SASARAN KERJA TAHUNAN UNIVERSITI (SKTU)
BAGI PERTENGAHAN TAHUN 2015”
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

**********************************************


8:30 pagi : Ketibaan Staf dan Pegawai Universiti
8:45 pagi : Ketibaan Naib Canselor UTHM
YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin

8:50 pagi : Bacaan Doa
Nyanyian Lagu Negaraku & Bangsa Johor

9:00 pagi : Ucapan Alu-Aluan Pengarah PPSK
YBhg. Prof. Ayob bin Johari

9:15 pagi : Diskusi Ilmu Bertajuk “Refleksi Pencapaian SKTU bagi Pertengahan Tahun 2015”
YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin

11:30 pagi : Nyanyian Lagu Gemilang UTHM.
12:00 t/hari : Majlis Bersurai


No comments: