Wednesday, January 26, 2022

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UTHM dengan Microcorp Sdn. Bhd.

 




KANZU Research: Resilient Built Environment dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) , Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) akan mengadakan satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan Microcorp Sdn. Bhd. dan Simbolik Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan Microcorp Sdn. Bhd dan MNJ Teras Sdn. Bhd.
TARIKH: 26 Januari 2022 (Rabu)
MASA: 03.00 petang hingga selesai
PLATFORM: Laman Rasmi Youtube UTHM TV

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UTHM dengan Microcorp Sdn. Bhd. dan Simbolik Pertukaran Dokumen MoA antara UTHM, Microcorp Sdn. Bhd dan MNJ Teras Sdn. Bhd.
Majlis yang berlangsung di Dewan Jamuan Aras 5 ini menyaksikan Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly, Naib Canselor UTHM mewakili universiti menandatangani dokumen MoA manakala Microcorp Sdn. Bhd. pula diwakili oleh Pengarah Urusan, Encik Ahmad Sharainon Md Shaarani.
Encik Naim Maslan, Menjalankan Fungsi Pendaftar UTHM serta Puan Suriati Shari, Pengarah Archibus Solution Center Kuala Lumpur Sdn. Bhd. turut hadir ke majlis ringkas tersebut sebagai saksi perjanjian.
Turut berlangsung, sesi pertukaran dokumen MoA antara UTHM yang diwakili Naib Canselor UTHM dengan Microcorp Sdn. Bhd. dan MNJ Teras Sdn. Bhd. diwakili oleh Encik Mohd Nizar Mohd Jaafar, Pengarah MNJ Teras Sdn. Bhd.
Hadir sama dalam majlis tersebut, Prof. Ts. Dr. Azme Khamis, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM, Pegawai-pegawai Kanan Universiti dan wakil dari pihak industri.
Ketiga-tiga institusi ini iaitu UTHM, Microcorp Sdn. Bhd dan MNJ Teras Sdn. Bhd ini akan menjalinkan kerjasama melalui aktiviti akademik, penyelidikan dan industri seperti penempatan latihan industri, pertukaran pelajar, pembelajaran berasaskan kerja, program pembangunan bakat serta lain-lain yang akan dipersetujui bersama. Projek ini diketuai oleh Sr Dr. Noralfishah Sulaiman dari KANZU Research: Resilient Built Environment.
Pihak universiti mengucapkan terima kasih kepada pihak Microcorp Sdn. Bhd. kerana memberi sumbangan berbentuk in-kind bernilai RM4 juta. UTHM juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Microcorp Sdn. Bhd dan MNJ Teras Sdn. Bhd kerana telah menyumbang geran sebanyak RM10 ribu bagi menjayakan kerjasama MoA ini dalam pembangunan Resilience4WRD Lab: Resilient & Agile Cities for Future.

No comments: